Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Tidak Akan Laksanakan Dasar Tamatkan Hayat Kenderaan Lama – Loke

Malaysia tidak melaksanakan dasar tamatkan hayat kenderaan lama memandangkan langkah itu tidak praktikal, namun sentiasa menggalakkan rakyat untuk memiliki kenderaan elektrik (EV) atau menggunakan pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata dasar itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia mengambil kira keadaan sosio ekonomi negara dan keperluan hidup rakyat terhadap pergantungan kepada kenderaan persendirian.

Dasar tamatkan hayat kenderaan lama

Artikel lain: Tiada Jalan Singkat, Anthony Loke Minta Rakyat Jangan Tertipu Lesen Terbang Palsu!

“Kita tidak mempunyai dasar untuk menamatkan hayat kenderaan seperti beberapa negara (lain). Kalau buat satu dasar untuk scrap (menghapuskan) kereta lama, ia akan beri kesusahan kepada rakyat.
“Data penjualan kereta juga meningkat, sekali gus menunjukkan keadaan ekonomi yang baik.
“Itu (ialah) indikator (yang menunjukkan) bahawa kita masih bergantung kepada penggunaan kenderaan persendirian, belum ada dasar menghalang pemilikan kenderaan (lama),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di luar Forum Pengangkutan Lestari Alam Sekitar Serantau Peringkat Tinggi ke-15 di Asia di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah negara bebas pelepasan karbon menjelang 2030, Loke berkata kerajaan akan terus membangunkan dan melabur dalam sistem pengangkutan awam untuk menjadikan perkhidmatan itu lebih baik.

“Dari segi nisbah pengangkutan awam kepada kenderaan persendirian, penggunaan sistem pengangkutan awam masih sangat rendah iaitu kira-kira kurang daripada 20 peratus.
“Kami berharap dapat meningkatkan penggunaan sistem pengangkutan awam, tetapi sudah pasti ia memerlukan banyak usaha dan masa serta pelaburan daripada kerajaan,” katanya dan menambah usaha sedang diambil untuk menggalakkan industri EV di Malaysia.

Loke berkata, sebanyak 15 juta daripada 30 juta kenderaan di Malaysia ialah motosikal yang menyumbang kepada pelepasan karbon yang besar.

Justeru, katanya, sebagai permulaan, kerajaan akan memberikan rebat hingga RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Lokal

Seorang lelaki warga emas dikenali Pak Cik Petai luah syukur apabila isteri tercinta bakal menjalani rawatan katarak bernila kira-kira RM4,000 pada 10 April ini....

Sosial

Seorang lelaki bangsa Cina yang dahulunya merupakan bekas penyanyi kelab malam, Chua Ming Hui, 41 tahun diberi hidayah memeluk Islam hanya disebabkan oleh sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd