Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Terus Tanggung Subsidi Sebanyak RM12 Bilion Untuk 85 Peratus Rakyat

Kerajaan Persekutuan akan terus tanggung subsidi untuk 85 peratus rakyat di negara ini dan menganggarkan ia berjumlah sebanyak RM12 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat seperti penyasaran subsidi elektrik.

Kerajaan terus tanggung subsidi untuk 85 peratus rakyat

Kerajaan Tanggung Subsidi Untuk 85 Peratus Rakyat

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat seperti penyasaran subsidi elektrik. Maknanya, 85 peratus rakyat tidak terkesan dengan penyasaan subsidi RON95,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar berkata, harga RON95 di Malaysia adalah RM2.05 berbanding harga di negara jiran seperti Thailand, RM5.85, Indonesia, RM3.38, Singapura, RM9.02 dan Arab Saudi, RM2.66.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Harga yang rendah ini disebabkan Kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 pada 2023 mencecah RM20 bilion,” ujarnya.

Artikel lain: KKM Siasat Satu Lagi Kes Doktor Meninggal Dunia Disyaki Dibuli

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa tanggungan subsidi hanya diberikan kepada 85 peratus rakyat yang mana golongan maha kaya dan warga asing tidak termasuk dalam peratusan itu.

“Bagi mengelakkan kekeliruan, saya tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan bagi 85 peratus rakyat. Oleh itu, untuk 85 peratus itu, Kerajaan terpaksa menanggung subsidi dianggar berjumlah RM12 bilion.
“Jadi RM8 bilion yang boleh diselamatkan itu adalah dari golongan maha kaya dan warga asing. Saya harap di dewan ini tidak ada yang mewakili maha kaya dan warga asing,” jelasnya.

Foto: Berita Harian

Perdana Menteri berkata kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata penjimatan yang dicapai daripada pemberian subsidi itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd