Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Tak Masuk Campur Kanun Jenayah Syariah Kelantan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan tidak masuk campur dalam keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Kerajaan tak masuk campur- Anwar

Anwar berkata, keputusan itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan kuasa yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, ia sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Mahkamah Syariah di bawah kuasa negeri.

“Katalah (pada persidangan) Dewan (Undangan) Negeri (DUN) bulan depan, Ketua Menteri buat beberapa undang-undang baharu yang bercanggah dengan kuasa Negeri dan kuasa Perlembagaan Persekutuan maka boleh dirujuk dan Mahkamah Persekutuan akan dapati sekiranya bercanggah, akan membatalkan (undang-undang yang dibuat pada sidang DUN),” katanya.

kerajaan anwar

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di Melaka hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak perlu main sentimen agama

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pembangkang bagaimanapun memainkan sentimen agama dalam usaha menonjolkan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan beliau menentang Islam.

Sedangkan permohonan peguam Nik Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman difailkan ketika Perikatan Nasional menjadi kerajaan.

“… dia tahu (tentang kuasa Persekutuan dan Negeri) tapi dia gunakan sentimen supaya orang Islam merasakan kerajaan pimpinan Anwar ini memang menentang syariah padahal tidak ada kena-mengena dengan kita.
“Undang-Undang Negeri Kelantan, yang cabar orang Kelantan, dia cabar di Mahkamah Persekutuan bukan Kabinet, bukan Perdana Menteri dan nak tanya sama ada undang-undang itu ikut, sah dari segi proses atau tidak dan mahkamah memutuskan dari segi bidang kuasa dan proses, tidak betul.
“Apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu Perikatan Nasional, dia tak bantah (ketika permohonan cabaran undang-undang dikemukakan). Ini berlaku pada 2020 dan 2021 (tapi) sekarang dibantah, dijadikan bahan politik,” katanya lagi.

kerajaan Anwar

Memetik laporan Bernama, Anwar berkata kerajaan ketika ini menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengkaji perkara berkaitan undang-undang syariah di setiap negeri.

“Dulu tidak ada tindakan di peringkat jawatankuasa kebangsaan untuk mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah dan kuasa tentang hukum syariah, sekarang sudah ada.
“Apa peranan dia? Untuk memutuskan peranan Mahkamah Syariah dalam negara ini. Jadi saudara-saudara, isunya apa? Isunya ialah bidang kuasa Negeri dan bidang kuasa Persekutuan. Isu yang dimainkan oleh pembangkang ialah kita menentang syariah,”ujar Anwar Ibrahim.

kerajaan anwar

Artikel lain: “Saya Balik Kelantan Tidak Kena Kecaman Pun, Semua Sokong..”- Nik Elin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan enakmen kesalahan jenayah negeri dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan, petisyen yang dikemukakan oleh seorang peguam dan anaknya tiada kena mengena dengan isu kesucian agama Islam atau kedudukan mahkamah syariah di negara ini.

Sumber: Malaysiakini (Bernama)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd