Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Pertimbang Tamatkan Subsidi Telur Ayam – Mohamad Sabu

Penamatan subsidi telur ayam gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil sedang dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Foto: Kosmo!

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penjimatan sebanyak RM100 juta akan digunapakai untuk menggerakkan lagi sektor agromakanan lain yang lebih memerlukan.

“Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C,” katanya di perhimpunan bulanan di Putrajaya hari ini.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cadangan tersebut turut diajukan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Cadangan ini telah dikemukakan untuk pertimbangan. Jika mendapat kelulusan semua, kita boleh tamatkan subsidi,” ujar Mohamad Sabu.

Langkah kerajaan menamatkan subsidi ayam pada 1 November tahun lalu menggambarkan kejayaan apabila harga dan bekalan ini pasaran ayam di pasaran terus stabil.

Tahun lalu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM927 juta untuk subsidi telur ayam, dan kini keadaan pasaran telah menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan.

Sementara itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Isham Ishak, untuk menangani isu kadar sara diri (SSR) daging yang masih rendah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian menyasarkan untuk menghasilkan pelan strategik bagi meningkatkan SSR daging negara menjelang suku pertama tahun 2025 daripada kadar semasa yang berada di bawah 20 peratus.

“Saya berharap dalam suku tahun pertama 2025, Kementerian akan menyediakan pelan strategik yang mampu meningkatkan SSR daging negara ini,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sosial

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd