Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Mahu Gaji Rakyat Naik Secara Berkala, Setimpal Dengan Kos Sara Hidup

Kerajaan kini dalam usaha untuk memastikan gaji dan pendapatan rakyat naik secara berperingkat apabila melihat kepada kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan kerajaan kini sedang giat membangunkan kerangka Dasar Gaji Progresif bersama-sama Kementerian Sumber Manusia demi memastikan pertumbuhan gaji yang lebih sekata dan inklusif.

Jelasnya, perkara tersebut akan membantu menawarkan gaji dan pendapatan yang lebih baik kepada semua pekerja terutamanya golongan muda.

“Ini perkara tak pernah disentuh pentadbiran-pentadbiran sebelum ini secara menyeluruh.
“Di mata rakyat, setiap kali kita bicara kos sara hidup, ia berkisar macam mana kerajaan nak beri subsidi, nak turunkan harga, tapi sebenarnya ada aspek penting yang lain.
“Kalau pun kerajaan tumpu 100 peratus soal harga barang tapi tidak berusaha melalui dasar untuk menaikkan gaji rakyat secara setimpal, maka masyarakat kita akan terus bergelumang dengan masalah kos sara hidup,” katanya.

Difahamkan juga, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan membentangkan kertas dasar mengenai Dasar Gaji Progresif dalam bulan Ogos bagi mendapatkan panduan dari kepimpinan negara.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara mana-mana pentadbiran mengusahakan satu kerangka dasar khusus mengenai pertumbuhan gaji yang sekata dan inklusif kepada semua pekerja.
“Fokus kepada pertumbuhan gaji juga akan menjadi tema utama perancangan ekonomi negara di bawah Rancangan Malaysia yang akan datang,” ujarnya lagi.

Malah, beliau tidak mahu isu kos sara hidup rakyat diselesaikan sedikit-sedikit sebaliknya mahu ia dilakukan secara bersepadu, tanpa melihat kepada satu atau dua aspek sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd