Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih, PM Beri Layanan Sama Rata

Kerajaan Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberikan layanan sama rata kepada negeri Cik Siti Wan Kembang itu seperti negeri-negeri lain.

Menurut satu laporan Malaysia Kini, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, Anwar memberikan maklum balas yang sangat baik mengenai perbincangan pembangunan negeri dalam pertemuan tertutup mereka semalam.

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Satu pertemuan dengan pimpinan kerajaan negeri dan pegawai kanan telah diadakan hari ini. Dalam taklimat itu saya telah menyebut beberapa perkara untuk kepentingan rakyat.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan maklum balas positif terhadap semua yang dibincangkan dan melayan Kelantan sepertimana negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di Kota Bharu, pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Nassuruddin berkata, kerajaan Kelantan sentiasa terbuka untuk menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan, kerana ia telah dilakukan sejak kepimpinan terdahulu lagi.

“Sejak zaman Tok Guru Nik Abdul Aziz kita menjalinkan hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan dan hubungan ini akan diteruskan pada masa saya mentadbir negeri ini.
“Bagi saya berpolitik hanya pada musim pilihan raya. Selepas mandat diberikan kita mestilah memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab bersama,” ujar beliau.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Untuk makluman, kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1990 dan sejak itu digelar “Serambi Mekah” bersama slogan “Membangun Bersama Islam” hingga kini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Kini

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd