Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Kedah Rancang Wajibkan Penggunaan Tulisan Jawi Pada Papan Iklan, Larang Gambar Seksi

Kerajaan Kedah merancang untuk mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan iklan serta papan tanda sebagai tulisan kedua selepas rumi.

Memetik laporan Malaysiakini, negeri di bawah pimpinan PAS berkenaan turut melarang penggunaan gambar wanita yang mencolok mata pada papan iklan.

Kerajaan Kedah Rancang Wajib Guna Tulisan Jawi

Tulisan Jawi

Foto: Carian Google

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, bahasa lain juga boleh diguna sebagai tulisan ketiga pada papan iklan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mengikut cadangan, kita akan melarang papan iklan menggunakan gambar atau visual bahan larangan dan berbaur hasutan, berbaur perkauman serta memaparkan senjata berbahaya.
“Sekarang ini pun dah banyak  papan tanda yang mula menulis jawi sebagai tulisan kedua. 
“Lagipun sudah ada undang-undang kecil yang menggalakkan penggunaan tulisan jadi di papan tanda,” katanya hari ini.

Tulisan Jawi

Foto: Harian Metro

Walau bagaimanapun, tulisan ketiga turut dibenarkan sebagai tambahan.

“Sebelum ini terdapat papan tanda yang hanya ditulis menggunakan bahasa Cina keseluruhannya. 
“Jadi dengan peraturan yang bakal kita laksanakan nanti, perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Perkara berkenaan telah dibincangkan dengan Darul Aman Media dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada bulan lalu.

Artikel lain: Sanusi Tunai Tanggungjawab, Mahu Tuntut Pulau Pinang – “Memang Hak Kedah”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas Mansor lagi, usaha tersebut merupakan antara alternatif kerajaan negeri memartabatkan tulisan tersebut seiring dengan undang-undang kecil negeri menggalakkan penggunaan tulisan jawi.

Sumber: Malaysiakini 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Lokal

Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat...

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd