Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Cuba Elak Projek Rentasi Habitat Hidupan Liar – Nik Nazmi

Kerajaan komited untuk mengelak sebanyak mungkin projek pembinaan infrastruktur yang merentasi habitat hidupan liar, demi memelihara kelestarian alam sekitar, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut laporan Malaysiakini, Nik Nazmi berkata langkah tersebut selari dengan usaha kerajaan memperkukuh undang-undang berkaitan pemeliharaan hutan melalui pindaan Akta Perhutanan Negara 1984, menerusi Akta (Pindaan) 2002 (Akta A1667).

Foto: Malaysia Kini

“Kita ambil maklum tentang pandangan pihak NGO (badan bukan kerajaan) untuk kita menghentikan projek-projek di kawasan hutan.
“Kita juga cuba mengelaknya sebanyak mungkin (projek pembinaan merentasi hutan) dan sebab itu kita telah buat pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 yang mana sebarang proses penyahwartaan dilakukan terhadap mana-mana hutan simpan perlu dilakukan pendengaran awam dan kalau dinyah warta dia kena gantikan dengan sekurang-kurangnya satu saiz hutan yang sama besar.
“Bagi saya (hentikan projek rentas kawasan habitat hidupan liar adalah) yang terbaik dan kalau boleh memang kita pun tak nak (buat projek rentasi habitat hidupan liar).
“Sebagai contoh kita telah hentikan projek-projek jalan di Pantai Timur kerana didapati melalui kawasan harimau,” katanya.

Kenyataan beliau hadir susulan gesaan kumpulan alam sekitar, RimbaWatch yang mengkritik kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar bagi dua projek pembinaan jalan raya di Terengganu dan Pahang pada tahun 2022.

Projek tersebut melibatkan pembinaan jalan sejauh 52 kilometer merentasi Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah iaitu kawasan yang dikenal pasti sebagai habitat utama bagi pelbagai spesis terancam seperti seperti harimau Malaya, harimau kumbang, harimau dahan, kucing batu, kucing emas, dan kucing hutan.

Selain itu, ia juga menjadi tempat perlindungan kepada gajah Asia dan tapir Malaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gesaan itu turut dipengaruhi oleh insiden kematian seekor anak gajah akibat dilanggar lori kontena di Lebuhraya Timur-Barat berhampiran sempadan Gerik (Perak) dan Jeli (Kelantan) baru-baru ini.

Foto: Media Sosial

Mengulas lanjut, Nik Azmi menjelaskan bahawa kerajaan telah membatalkan beberapa projek pembangunan demi memelihara biodiversiti, termasuk projek lapangan terbang baharu di Pulau Tioman.

“Di beberapa projek infra juga kita tengok contohnya beberapa lebuh raya, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang ada laluan hidupan liar juga kita cadangan beberapa langkah lain.
“Kita juga telah membatalkan kawasan lapangan terbang baru dekat Tioman kerana isu biodiversiti di situ.
“Tetapi kita sebagai sebuah negara membangun dan juga ada keperluan pembangunan dan sebagainya kita perlukan (projek-projek tersebut. Tapi iyalah itu antara dilema yang kita hadapi,” ujarnya.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu menambah, isu perhutanan dan tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, namun kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri amat penting dalam memastikan perlindungan berkesan terhadap hidupan liar.

“Lebuhraya Timur-Barat sudah lama wujud dan terdapat beberapa laluan hidupan liar di situ. Kini kita sedang menilai langkah-langkah penambahbaikan, termasuk memperkukuh keberkesanan santuari gajah agar haiwan tersebut tidak perlu keluar dari habitat semula jadi mereka untuk mencari makanan,” jelasnya.

Sumber: Malaysiakini (Shakira Buang)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Sukan

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd