Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Cadang Lancarkan Pakej Pelancongan Mesra Muslim

Kerajaan merancang lancarkan pakej Pelancongan Mesra Muslim seawal November depan untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim ke negara ini.

Menerusi satu kenyataan semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata Timur Tengah dan China mempunyai demografi yang besar khususnya Muslim.

Kerajaan rancang lancar pakej Pelancongan Mesra Muslim

Oleh itu, MOTAC bersedia untuk bekerjasama bagi membangunkan pakej pelancongan mewah ini dengan tarikan kreatif dan menarik seperti pelancongan golf, perubatan dan sebagainya.

Beliau juga berkata, MOTAC dan Pelancongan Islam (ITC) akan membuat perancangan segera berhubung perkara tersebut dan yakin rancangan ini dapat dicapai melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dengan membuat pemasaran di Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“MOTAC memohon pihak yang terlibat mengadakan kursus dan latihan dalam bulan ini (Oktober 2023) dengan menyasarkan penglibatan sekurang-kurangnya 200 orang peserta untuk mendapatkan sijil berkaitan.
“Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemain industri pelancongan mengenai pasaran pelancongan Muslim yang memerlukan perhatian dalam menentukan pakej yang bersesuaian dan kompetitif untuk dijual di pasaran berkaitan,” katanya.

Artikel lain: Ramai Wanita Muslim Berpakaian Seksi, Terengganu Digesa Ketatkan Garis Panduan Pelancong

Tiong juga telah mengadakan pertemuan dengan wakil beberapa persatuan iaitu Persatuan Penggalakan Pelancogan Inbound Cina Malaysia (MICA), Persatuan Ejen-Ejen Pelancingan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) dan Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA).

Melalui pertemuan itu, mereka telah membincangkan perkara yang berkait dengan industri pelancongan negara termasuk kaedah untuk memperhebatkan promosi diperingkat antarabangsa.

Selain itu, mereka juga membincangkan pembangunan pasaran mesra Muslim, mewujudkan konsensus industri, memberikan subsidi dan bantuan kepada pengusaha pelancongan serta lain-lain lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MOTAC akan memberi perhatian yang sama rata kepada semua pemain industri pelancongan di negara ini tanpa mengira latar belakang dan tiada timbul isu berat sebelah.

MOTAC komited untuk membantu dan menyokong ekonomi pelancongan dalam usaha memajukan ekonomi negara dengan harapan semua pemain industri dapat bekerjasama dengan lebih erat dan bersaing secara sihat.

Tiong juga mengingatkan jika industri pelancongan dimonopoli dengan perasaan benci dan persaingan tidak sihat, maka ekonomi negara tidak akan berkembang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd