Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Akan Pinda Akta Tabung Haji, Serahkan Semula Aset- Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pihak kerajaan akan menyerahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada syarikat tujuan khas (SPV) pada 2018.

Serahkan semula aset Tabung Haji

Memetik laporan Kosmo! Online, Anwar yang juga Menteri Kewangan (MOF) berkata, perbincangan antara MOF dan TH berhubung perkara tersebut sedang dillakukan.

“Saudara Mujahid (Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa) sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu memberikan usul MOF mengambil alih (aset TH) dalam keadaan TH masa itu menghadapi masalah kewangan.
“Sekarang ini, dengan pengurusan baharu yang lebih cekap dan dapat memulihkan keyakinan dan pengurusan yang lebih mantap. Maka, MOF sedang berunding memindahkan semula aset yang dipegang MOF kepada TH,”ujar beliau.

Anwar ibrahim tabung haji

Artikel berkaitan: Terpaksa Cari Visa Haji Furada, Sistem Penggiliran Tabung Haji Dianggap Gagal

Jelas Anwar, pemulangan semula aset TH berkemungkinan akan dilakukan secara berperingkat. Namun, nilai semasa aset terlibat masih belum boleh diumumkan sehingga proses rundingan selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tapi (pemulangan aset TH) dengan sendiri menjawab tohmahan dan fitnah bertahun-tahun, berbakul-bakul menyatakan ini (aset TH) telah dijual. Tiada yang dijual. Masih kekal sebagai satu amanah,” katanya. 

Akan pinda Akta Tabung Haji – Anwar Ibrahim

Bukan itu sahaja, malah kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji (TH) bagi menambah baik pengurusan dan kecekapan sedia ada Lembaga Tabung Haji.

Difahamkan, Rang Undang-Undang (RUU) pindaan akta berkenaan akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

“(Kerajaan) akan meminda Akta TH bagi memenuhi maksud maqasid. Bukan saja pengurusan tapi juga kecekapannya untuk berfungsi memberi penghayatan kepada ibadah umat Islam.
“Kita akan cuba.. kalau tak sempat sesi Parlimen November ini, saya cuba awal tahun depan akan dibentangkan,” katanya.

Anwar berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Kataya lagi, kerajaan Perpaduan akan terus komited mengangkat dan memartabatkan peranan Tabung Haji agar terus diyakini sebagai institusi umat Islam di Malaysia. Ia bukan sahaja memberi manfaat secara ekonomi,  namun lebih penting keberkatan dalam pengabdian kita kepada Allah SWT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Anwar Ibrahim, Kosmo! Online (Zulkifli Manzor),  BH Online ( Mahanum Abdul Aziz; Mohd Nasaruddin Parzi dan Essa Abu Yamin)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd