Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor Gambarkan Sikap Sombong – Setiausaha MB

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang mengaitkan banjir di negeri Selangor dengan pelaburan negeri tersebut menggambarkan sikapnya yang bodoh sombong.

Foto: malaysiakini

Menurut laporan malaysiakini, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata demikian dalam satu kenyataan baru-baru ini.

“Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM12.4 bilion pada suku pertama tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 66.8 peratus berbanding suku pertama tahun 2023 dengan pelaburan RM7.44 bilion.
“Berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan malaysia (MIDA) nilai pelaburan terbabit menawarkan 8,377 peluang kerja meliputi 363 projek yang sebahagiannya diisi oleh mereka yang berhijrah dari negeri tadbiran PAS,” katanya.

Walau bagaimanapun, Saifuddin tidak memberi maklum balas secara langsung terhadap tuduhan Mohamed Sukri berhubung kegagalan Selangor menangani masalah banjir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: malaysiakini

Terdahulu, Mohamed Sukri berkata, rakyat Selangor berasa jemu dengan prestasi kerajaan negeri dalam menangani isu banjir, walaupun negeri tersebut telah menerima peruntukan tebatan banjir tertinggi.

Menurutnya, Selangor menerima RM6.3 bilion daripada bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 2022, manakala RM1.1 bilion diperuntukkan untuk projek tebatan banjir oleh Perdana Menteri terkini, Anwar Ibrahim pada tahun lalu.

Mohamed Sukri turut menyatakan rasa malu apabila negeri Selangor yang dianggap paling maju di negara ini terus menghadapi masalah banjir.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak mustahil Selangor sudah tidak digemari oleh pelabur kerana isu banjir yang sering melanda.
“Ini dapat dilihat pada 2022 Selangor berada di tangga kedua dalam menerima pelaburan asing bagi sektor pembuatan, tetapi kemudian jatuh ke tangga ketiga pada 2023.
“Bagi suku pertama 2024, Selangor gagal menempatkan diri dalam lima tempat tertinggi,” ujarnya.

Namun begitu, merujuk kepada data Jabatan Perangkaan Malaysia, Saifuddin menekankan prestasi ekonomi Selangor yang memberangsangkan dengan peningkatan KDNK sebanyak 0.4 peratus pada tahun 2023 dan membantah keras tanggapan bahawa Selangor kehilangan daya tarikan kepada pelabur.

Tambahnya, di bawah pimpinan Menteri Besar serta kerjasama erat antara Exco, jabatan dan agensi kerajaan, Selangor sentiasa bersedia menghadapi cabaran musim Monsun Timur Laut dengan sistem bantuan yang efisien.

Sumber: malaysiakini 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd