Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kena Buli Siber, Peninju Algeria Dituduh Lelaki Saman Elon Musk & J.K. Rowling

Peninju wanita Algeria, Imane Khelif bertindak saman beberapa individu atas dakwaan ‘tindakan buli siber yang teruk’, termasuklah tokoh terkenal dunia seperti J.K. Rowling & Elon Musk.

Peninju Algeria dituduh lelaki saman Elon Musk & J.K. Rowling

Peninju Algeria Dituduh Lelaki Saman Elon Musk & J.K. Rowling

Memetik laporan Variety, peguam yang mewakili Khelif iaitu Nabil Boudi mengesahkan kedua-dua nama tersebut ditulis dalam aduan jenayah kepada pihak berkuasa Perancis yang difailkan pada Jumaat.

Tuntutan tersebut telah difailkan terhadap X, yang menurut undang-undang Perancis bermakusd ia difailkan terhadap individu yang tidak dikenali.

Hal ini bagi memastikan pendakwaan mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat semua orang, termasuk mereka yang mungkin menulis mesej kebencian menggunanakan nama samaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peninju Algeria Dituduh Lelaki Saman Elon Musk & J.K. Rowling

Dalam pada itu, Boudi turut memaklumkan bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump juga akan disiasat oleh pihak pendakwaan.

“J.K. Rowling dan Elon Musk merupakan antara nama dalam tuntutan tersebut serta beberapa nama lain.
“Trump juga pernah membuat ciapan berkenaan hal ini, jadi sama ada namanya disebut dalam tuntutan kami atau tidak, dia pasti akan disiasat oleh pendakwaan,” kata Boudi.

Artikel lain: Olimpik Paris: Peninju Kontroversi Algeria Layak Ke Final

Sebelum ini, Khelif berjaya merangkul pingat emas pada Olimpik Paris 2024 pada Sabtu dalam pertandingan tinju wanita kategori 66 kilogram.

Peninju Algeria Dituduh Lelaki Saman Elon Musk & J.K. Rowling

Bagaimanapun, sepanjang berada di temasya itu, Khelif dihujani dengan pertikaian dan tuduhan terhadap dirinya mengenai kelayakan jantinanya sehingga mendapat perhatian di seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun Khelif dilahirkan sebagai wanita dan tidak memperkenalkan diri sebagai transgender atau interseks disamping menerima sokongan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, peninju itu tetap menerima tohmahan daripada warga maya.

Menurut Boudi, walaupun aduan tersebut menyebut nama-nama tertentu, pihaknya juga meminta pihak pendakwa untuk menyiasat individu lain yang juga terkait.

Peninju Algeria Dituduh Lelaki Saman Elon Musk & J.K. Rowling

“Apa yang kami minta ialah pihak pendakwa menyiasat bukan sahaja individu ini tetapi sesiapa sahaja yang dirasakan perlu. Jika kes ini dibawa ke mahkamah, mereka akan dibicarakan,” ujarnya.

Tambah Boudi, walaupun tuntutan itu difailkan di Perancis namun individu ternama dari luar negara juga boleh disiasat susulan pejabat pendakwa boleh membuat permintaan bantuan undang-undang bersama negara lain.

Sementara itu, Khelif telah menerima beberapa permohonan maaf secara peribadi daripada individu ternama namun pihaknya tidak akan menarik balik aduan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kebanyakan serangan dilakukan menerusi media sosial, terutamanya di platform X dan kontroversi itu semakin memuncak apabila individu terkenal juga mula bersuara.

Dalam satu hantaran di X, Rowling telah memuat naik foto memaparkan pertarungan Khelif dengan petinju Itali, Angela Carini dan menuduh wanita itu seorang lelaki.

Sementara itu, Musk pula berkongsi semula dan bersetuju dengan hantaran daripada perenang Riley Gaines yang menulis kenyataan lelaki tidak patutu berada dalam sukan wanita.

Trump juga membuat hantaran foto pertarungan Khelif dan Carini dengan kapsyen beliau akan memastikan lelaki tidak terlibat dalam sukan wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Rowling, Musk dan Trump, individu ternama lain yang turut membuat hantaran berkenaan penyertaan Khelif dalam sukan tinju adalah Logan Paul.

Sumber: Variety

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd