Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bangkai Harimau Belang Disorok Dalam Kereta, Disyaki Untuk Dijual – PERHILITAN

Cubaan tiga lelaki menyimpan bangkai seekor harimau belang untuk tujuan perdagangan gelap berjaya digagalkan dalam satu operasi bersepadu di FELDA Tenggaroh, Mersing, Johor pada Selasa.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, berkata haiwan itu dianggarkan bernilai antara RM250,000 hingga RM300,000 di pasaran gelap.

harimau belang

Menurutnya, pihak PERHILITAN kini bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang dipercayai terbabit.

Artikel lain: Cuba Lintas Lebuh Raya, Harimau Belang Mati Dirempuh Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kegiatan ini jelas menunjukkan kewujudan sindiket pemerdagangan hidupan liar. Setiap anggota badan harimau mempunyai nilai tinggi di pasaran gelap.
Justeru, membanteras pemburuan haram menjadi fokus utama dalam usaha melindungi Harimau Malaya serta spesies terancam lain,” katanya.

Beliau menjelaskan, populasi harimau belang kini hanya ditemui di hutan simpan dan kawasan perlindungan di lapan negeri utama iaitu Perak, Pahang, Johor, Kelantar, Terengganu, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ini membuktikan habitat semula jadi harimau semakin terhad dan hanya tertumpu kepada kawasan perlindungan yang masih mempunyai ekosistem hutan sesuai untuk kelangsungan hidupnya,” ujarnya.
harimau belang

Foto: malaymail

Sementara itu, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof, berkata penahanan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza dalam operasi tersebut menemui bangkai harimau belang berkenaan yang dipercayai diburu secara haram.

“Tiga lelaki berusia antara 28 hingga 49 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang permit khas untuk memiliki atau menyimpan spesies yang dilindungi sepenuhnya itu,” jelasnya.

Sumber: Buletin TV3 (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd