Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kemiskinan Punca Berpisah Dengan Anak, Ibu Tunggal Akhirnya Dapat Beli Rumah Selepas 15 Tahun

Seorang ibu tunggal di Singapura, Rasima Yunos akhirnya dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah yang dibeli sendiri setelah 15 tahun hidup ‘berpisah’ dengan anak-anak.

Tnp Straits Times melaporkan bahawa sebelum ini, ibu tunggal yang berusia 61 tahun itu telah ditempatkan di sebuah rumah kebajikan manakala dua orang anaknya berada di Pusat Anak Yatim Darul Ehsan.

Foto : Lianhe Zaobao

Difahamkan, Rasima bekerja sebagai tukang cuci di Rumah Orang Tua Jamiyah untuk menyara hidupnya memandangkan dia memerlukan ubat epilepsi dan sakit lutut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil kerja keras akhirnya membuahkan hasil apabila dapat tinggal di sebuah rumah flat dua bilik yang terletak di Sengkang bersama dua orang anak lelakinya.

Dimaklumkan bahawa Rasima telah menerima kunci hasil pembelian rumah yang turut disokong oleh anak sulungnya, Ridzwansyah Jumangin pada Mei tahun lalu.

Foto : Berita Mediacorp

Selain menerima barang-barang rumah seperti peralatan masak dan tilam, wanita ini juga mendapat bantuan daripada Projek Kebahagiaan Jamiyah Halfway House yang menelan kos perbelanjaan sebanyak kira-kira RM112,562.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sangat terhutang budi kepada semua yang telah membantu kami,” katanya.

Dalam pada itu, Rasima menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan sekali gus memberi peluang untuk dirinya menyambut Syawal di rumahnya sendiri.

“Akhirnya saya berpeluang untuk menyambut Hari Raya di rumah sendiri, bersama anak-anak saya,” ujarnya.

Untuk rekod, setelah kematian suaminya, Rasima terpaksa menjual rumah flat empat bilik pada tahun 2009 kerana tidak mampu untuk membayar pinjaman perumahan.

Sumber : Tnp Straits Times

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd