Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kementerian Guna Teknologi Dron Pantau Pencemaran Alam Sekitar – Nik Nazmi

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menerusi Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) menganjurkan Simposium Dron Kebangsaan (NaDS) 2024 yang bertujuan untuk menggalakkan pengoperasian dron secara bertanggungjawab berdasarkan kerangka perundangan semasa.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementeriannya turut mengaplikasikan penggunaan teknologi dron secara meluas selepas menyedari pelbagai manfaat dan faedah daripada kegunaan teknologi tersebut.

“Teknologi dron turut diaplikasikan bagi memantau kesalahan pencemaran alam sekitar dan pencerobohan hutan, pemantauan aktiviti hidupan liar di dalam kawasan perlindungan, menghasilkan fotogrametri udara dan menentukan arah kiblat bagi kawasan bercerun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan simposium tersebut yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Nik Nazmi berkata, kira-kira 30 unit daripadanya tidak kurang 100 dron dimiliki oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), manakala selebihnya pula dimiliki oleh pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menerusi INSTUN komited untuk menerajui program latihan berimpak tinggi bagi tujuan peningkatan produktiviti, memacu revolusi industri dan meningkatkan daya saing negara selaras dengan nilai-nilai teras Malaysia Madani,” ujarnya.

Sementara itu, NaDS yang dianjurkan itu berperanan sebagai platform khusus bagi perkongsian teknologi dan aplikasi terkini oleh pemain industri yang memiliki minat mendalam terhadap teknologi dron termasuk ahli profesional, warga perkhidmatan awam, ahli akademik dan orang awam.

NaDS yang dihadiri kira-kira 150 peserta itu juga merupakan platform terbaik bagi memahami lebih dalam tentang potensi, kebolehupayaan dan keterbatasan teknologi dron, selain perkongsian cara mengatasi isu dan cabaran yang ada.

Untuk makluman, dron telah mencipta inovasi baharu bagi penyelesaian pelbagai bidang di Malaysia antaranya keselamatan, pertahanan, pengurusan bencana, pemetaan, pertanian, perfileman, penciptaan kandungan, pelancongan dan rekreasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd