Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Kembangkan Perniagaan, IOI Properties Beli Tropicana Gardens Mall

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mengumumkan syarikat itu bakal beli pusat beli belah Tropicana Gardens Mall di Tropicana Indah, Petaling Jaya daripada Tropicana Corporation Bhd pada harga RM680 juta.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOIPG, Lee Yeow Seng berkata pemerolehan itu sejajar dengan strategi pertumbuhan IOIPG.

IOI Properties beli Tropicana Gardens Mall

IOI Properties Beli Tropicana Gardens Mall

Selain itu, ia juga meningkatkan jejaknya dalam sektor runcit disamping menyediakan platform yang cemerlang untuk memanfaatkan kepakarannya.

Katanya, Tropicana Gardens Mall setinggi tujuh tingkat itu mempunyai jumlah keluasan lantai kasar sebanyak 2.95 juta kaki persegi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disamping itu, kawasan boleh disewa bersih (NLA) pula sebanyak 1.05 juta kaki persegi dengan kadar penghunian kira-kira 77 peratus.

Artikel lain: Bayaran Yuran Transaksi Shopee Naik Kepada 3.5 Peratus Mulai 1 Ogos

“Pusat beli-belah ini dihubungkan terus ke stesen MRT Surian dan boleh diakses melalui empat lebuh raya utama. Ia terletak dalam kawasan beberapa bandar matang seperti Kota Damansara, Sunway Damansara dan Mutiara Damansara, serta pembangunan Kwasa Damansara yang akan datang.
“Selain daripada lokasinya yang strategik dan nilai-nilai yang menarik, Tropicana Gardens Mall telah beroperasi selama empat tahun sejak dibuka pada Mac 2020.
“Kumpulan percaya bahawa ia akan memberikan pendapatan berulang yang kukuh kerana mengikuti model kejayaan IOI Malls dan memanfaatkan jenamanya dalam menyediakan pengalaman gaya hidup yang meriah dengan pelbagai tawaran dinamik,” katanya.

IOI Properties Beli Tropicana Gardens Mall

Pemerolehan Tropicana Gardens Mall bukan sahaja akan mengembangkan operasi pusat beli-belah IOIPG dalam kawasan Lembah Klang.

Malahan ia akan melengkapkan dua pusat beli-belah sedia ada di kawasan berkenaan iaitu IOI Mall Puchong dan IOI City Mall, Putrajaya yang kini menjadi pusat beli-belah terbesar di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua pusat beli-belah lain yang tersenarai dalam segmen Pelaburan Hartanah syarikat ini ialah IOI Mall Kulai dan IOI Mall Xiamen, China dan dengan penambahan Tropicana Gardens Mall, jumlah NLA runcit IOIPG akan diperbesarkan kepada 5.4 juta kaki persegi.

IOI Properties Beli Tropicana Gardens Mall

Terdahulu IOIPG mengumumkan kejayaan dalam dua pemerolehan utama iaitu Hotel W Kuala Lumpur dengan 150 bilik pada harga RM270 juta dan Courtyard by Marriot Penang dengan 199 bilik RM165 juta.

Kedua-dua hotel ini akan menambah 349 kunci bilik kepada 2,355 bilik sedia ada, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,704 kunci bilik bagi kesemua lapan hotel di bawah segmen Hospitaliti & Rekreasi Kumpulan.

Menurut Yeow Seng, aset-aset ini akan membolehkan kumpulan itu mempunyai kehadiran segera di lokasi-lokasi yang berada di luar operasi sedia ada kumpulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aset-aset ini juga dijangka akan memberikan pendapatan tambahan yang meningkatkan prestasi kewangannua pada masa hadapannya.

“Pemerolehan-pemerolehan ini selaras dengan strategi kumpulan untuk memperoleh dan melabur dalam hartanah pelaburan berkualiti tinggi dan aset hospitaliti.
“Ini sejajar dengan objektif kumpulan untuk meningkatkan sumbangan dan mengembangkan portfolio segmen Pelaburan Hartanah dan Hospitaliti & Rekreasi, yang secara sejarah telah berkembang secara organik,” ujarnya.

Tambahnya, IOIPG akan sentiasa membuka ruang untuk sebarang peluang, sama ada pengembangan tidak organik atau usaha sama kolaboratif sambil membangunkan segmen perniagaan terasnya di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan China.

Sumber: Berita Harian (Hazwan Faisal Mohamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Lokal

Pihak pengurusan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon tampil memberi penjelasan berhubung isu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Foto: Laman web Johnny’s Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd