Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Mata Penuh Dendam!”- Rizky Billar Diperli Netizen Gara2 Berdamai Dengan Lesti Kejora

Pasangan selebriti Indonesia tersohor, Lesti Kejora dan Rizky Billar sentiasa menjadi sorotan sejak kontroversi rumah tangga sehinggalah mereka berdua mengambil keputusan untuk mempertahankan hubungan.

Semalam, buat pertama kalinya pasangan itu muncul bersama di hadapan umum di Balai Polis Jakarta Selatan.

Dikesempatan itu, Lesti tampil  meminta maaf kepada masyarakat dan keluarga terlibat dengan kontroversi rumah tangganya bersama suami, Rizky Billar.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok, Lesti berkata, dia berharap apa yang berlaku itu akan menjadi pelajaran buat mereka dalam melayari rumah tangga yag masih setahun jagung usianya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Salah satu sebab saya menarik balik laporan kerana yakin dia boleh jadi suami dan ayah yang baik pada masa hadapan.
“Ini akan menjadi pengajaran bukan sahaja kepada dirinya tetapi saya sendiri. Apa-apa, keputusam berdamai ini dibuat secara sepakat antara keluarga kami,”ujar Lesti.
@serlyicad1

♬ suara asli – anak Sulawesi tengah – anak Sulawesi tengah

Turut kelihatan juga, Lesti mencium tangan suaminya yang berpakaian baju kemeja T berwarna hitam dan memakai topi.

@nil_88.65

LESLAR DAMAI MANA INI PASUKAN LESLAR #fypシ #rizkybillar #lesty #takdircintaleslar #kdrtlesti #leslar #lestykejora

♬ Takdir Cinta – Lesti & Rizky BIllar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Rizky turut berjanji kepada keluarga Lesti untuk menjadi suami dan ayah yang lebih baik.

“Insha-Allah, mereka tidak salah memilih menantu, pilih saya untuk menjaga isteri dan anak kami,”ujar Rizky.
@akuajaibbb

♬ suara asli – akuajaibbb❄ – akuajaibbb❄

Mata penuh dendam

Bagaimanapun, air muka Rizky Billar pada ketika itu menjadi bualan ramai kerana mereka mengatakan disebalik mata pelakon berusia 27 tahun itu penuh dengan rasa dendam terhadap isterinya, Lesti Kejora.

Billar tak marah isteri tapi media, wartawan dan kawan2

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang mengatakan reaksi ditunjukkan oleh Rizky Billar itu bukanlah menggambarkan dia marah dengan tindakan isteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaliknya pihak media, wartawan terutama rakan-rakan yang selama ini dianggap rapat tetapi menyindir mereka.

Tidak kurang juga netizen mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Sekadar info, kes siatan terhadap keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh aktor itu terhadap isteriya sudah dihentikan selepas kedua-duanya sepakat berdamai.

Terdahulu, Lesti membuat laporan polis dan mendakwa dipukul suaminya pada 28 September 2022, kira-kira pukul 1.51 pagi di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, pelatun lagu Sekali Seumur Hidup itu juga mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan antara mereka, di mana Rizky bertindak agresif dengan memukul dan mencekik Lesti sehingga terjatuh ke lantai.

Bagaimanapun, penyanyi itu mengejutkan ramai pihak apabila menarik balik laporan polis yang dibuat dan memaafkan suaminya sebaik sahaja dia pulang mengerjakan umrah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Sumber: TikTok @akuajaibbb, @serlyicad1

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd