Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kemarau Terburuk Dalam Sejarah Di Kelantan, Penduduk Buat Solat Hajat

Susulan musim kemarau yang semakin buruk, seramai 200 penduduk Kampung Melor Lama di Kota Bharu, hari ini mengadakan solat hajat memohon kebesara Allah SWT agar menurunkan hujan.

Memetik laporan Buletin TV3, Imam Muda Masjid Mukim Haji Hussin, Ahmad Rosli Mohamad berkata, solat sunat itu diadakan di sawah yang diusahakan penduduk sebagai sumber rezeki.

Foto: Buletin TV3

“Kita solat sunat memohon Allah SWT menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau yang berpanjangan ini.
“Kemarau menyebabkan telaga kering kontang dan hasil padi musnah sepenuhnya, menjejaskan kehidupan penduduk kampung berkenaan serta kawasan sekitar,” katanya.

Foto sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia turut memberitahu bahawa cuaca kali ini paling teruk dalam sejarah, berikutan telaga menjadi kering manakala tanaman padi pula tidak dapat menuai hasil.

Rosli berkata, kira-kira 30 orang penduduk di kampung itu mengusahakan tanaman padi yang menjadi pekerjaan warisan keluarga.

Dalam pada itu, Mohd Zain Senik yang merupakan seorang petani berkata, musim ini dia hanya mampu mengutip satu pertiga daripada 4.8 hektar tanaman padi yang diusahakan.

“Biasanya saya mampu mengutip hasil RM100,000 namun kali ini mengalami kerugian lebih RM80,000.
“Tahun ini kali pertama saya alami kerugian seteruk ini, modal nak tanam semula padi tak tahu nak ambil mana,” ujarnya

Zain menjelaskan, sepatutnya hasil sudah dapat diperoleh, akan tetapi berikutan padi menjadi ‘hampa’ kerana sawah terlalu kering, menyebabkan para petani tidak dapat berbuat demikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia turut memberitahu bahawa kemarau pada kali ini merupakan yang paling teruk sejak dirinya mula berkecimpung dalam dunia pertanian 20 tahun lalu.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd