Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kemarau Dan Kebakaran Semakin Teruk, Bali Isytihar Darurat 14 Hari

Bali isytihar darurat 14 hari bermula Khamis lalu akibat kemarau dan kebakaran yang semakin teruk di pulau peranginan itu.

Bali isytihar darurat 14 hari

Bali Isytihar Darurat 14 Hari

Foto: Forbes

Menurut Harian Metro, dipetik dari Jakarta Post, pemangku Gabenor Bali, SM Mahendra Jaya berkata keputusan itu diambil susulan kemarau berpanjangan yang menyebabkan kebakaran tanah dan hutan meningkat.

Arahan yang dikeluarkan membabitkan semua daerah dan bandar di wilayah itu termasuk Denpasar, Badung, Bangli, Buleleng, Gianyar, Jembrana, Karangasem, Klungkung dan Tabanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Darurat itu berkuat kuasa sehingga 1 November ini dan boleh dilanjutkan atau dipendekken mengikut keperluan pulau tersebut.

Manakala, Ketua Badan Mitigasi Bencana Bali (BPBD-Bali) Made Rentin berkata, darurat diisytiharkan bagi memudahkan akses penempatan sumber manusia, peralatan dan logistik lain untuk misi bencana.

Bali Isytihar Darurat 14 Hari

Foto: Bali Discovery

Beliau juga berkata, status itu memberikan pentadbiran wilayah kuasa untuk mengarahkan institusi lain memberi peranan aktif dalam mengurangkan bencana.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“BPBD mendapat akses kepada semua sumber yang kami perlukan untuk menangani kemarau dan kebakaran,” katanya.

Dengan pengisytiharan darurat itu juga, Rentin yakin mereka mampu untuk mengurangkan bencana itu dalam kadar yang segera.

Artikel lain: Mahu Kelainan Untuk Foto ‘Pre-Wedding’, Pasangan Kekasih Punca Kebakaran Di Gunung Bromo

Kemarau berpanjangan yang melanda pulau pelancongan itu bermula sejak Julai lalu dengan sekurang-kurangnya 113 kampung tradisional menghadapi krisis air bersih.

Bali Isytihar Darurat 14 Hari

Foto: Berita Harian

Pada masa yang sama, kawasan yang paling terjejas di pulau itu termasuklah dusun di Buleleng, Jembrana dan Karangasem.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Krisis kemarau dan air bersih mungkin merebak ke kawasan lain, jika tiada hujan dalam beberapa hari akan datang,” kata Mahendra ketika bertemu dengan BNBP di Denpasar.

Dalam satu laporan biro Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Denpasar, terdapat tiga daerah di seluruh pulau tersebut yang tiada taburan hujan selama 94 hari berturut-turut.

Musim kemarau yang berpanjangan di Bali merupakan sebahagian dari fenomena El Nino yang turut mengakibatkan kebakaran hutan dan tanah.

Bali Isytihar Darurat 14 Hari

Foto: Kosmo Digital

Disamping itu, kira-kira tujuh kebakaran hutan telah dilaporkan antara Julai dan Oktober yang mana dua daripadanya berlaku di Bulelelng, empat di Karangasem dan satu di Bangli.

Selain itu, tiga kemudahan tapak pelupusan yang menyediakan perkhidmatan sisa penjagaan kesihatan juga terbakar dan pihak berkuasa masih bergelut untuk memadamkan kebarakan selepas lebih seminggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa jutaan nyawa berjaya diselamatkan selepas beliau menandatangani pelan damai antara Thailand dan Kemboja ketika berada di Malaysia....

Dunia

Tular di media sosial, video Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menari semasa lawatan beliau ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencuri perhatian dunia...

Dunia

Usaha Malaysia memudah cara rundingan damai antara Thailand dan Kemboja mendapat perhatian meluas apabila ribuan rakyat Kemboja membanjiri laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk...

Sosial

Kegembiraan seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru diraikan atas pencapaiannya menerima Anugerah Mualaf 2025 bertukar pilu apabila beliau meninggal dunia hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd