Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN Dorong Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit meneruskan peningkatan pada Rabu, dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh sentimen positif susulan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur, kata seorang penganalisis.

Menurut laporan Bernama, pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.1870/2065 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1985 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Sidang Kemuncak ASEAN telah memperkukuh kestabilan dan integrasi serantau, sekali gus membantu mengukuhkan keyakinan pasaran.

Dibuka tinggi berbanding dolar

“Ia membantu mengurangkan premium risiko pasaran dan menyumbang kepada peningkatan nilai ringgit,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata indeks dolar AS susut 0.12 peratus kepada 98.667 mata apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengakhiri mesyuaratnya malam ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, keyakinan terhadap perjanjian perdagangan yang berpotensi dimeterai antara Amerika Syarikat dan China juga telah meningkatkan sentimen pasaran.

Artikel lain: Bumiputera Takut Saham, Ramai Pilih Skim Cepat Kaya –DDNK

Dibuka tinggi berbanding dolar

“Hasil bon Perbendaharaan AS untuk nota tiga bulan dan lima tahun turun kepada 3.73 peratus dan 3.63 peratus, masing-masing daripada 3.81 peratus dan 3.71 peratus pada lelongan sebelumnya.
“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal pada kedudukan yang lebih kukuh dengan pertukaran mata wang dolar AS-ringgit diunjur diniagakan antara RM4.19 dan RM4.20 hari ini,” katanya.

Pada pembukaan, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.5591/5850 daripada 5.5845/5911 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding euro kepada 4.8804/9031 daripada 4.8884/8942, melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.7591/7722 daripada 2.7605/7640 sebelum itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang negara ASEAN.

Ia naik berbanding doalr Singapura kepada 3.2372/2525 daripada 3.2460/2502 ketika ditutup pada Selasa, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 252.0/253.3 daripada 252.4/252.9 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.08/7.12 daripada 7.09/7.10 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9420/13.0111 daripada 12.9214/9424 sebelum itu.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd