Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Remaja Bawah 15 Tahun Dilarang Sertai Sukan Tempur Tanpa Pelindung Diri – KBS

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil langkah tegas bagi melindungi atlet muda dengan mengharamkan penyertaan individu bawah 15 tahun dalam mana-mana pertandingan sukan tempur full-contact seperti tinju, muay thai, kickboxing dan mixed martial arts (MMA) yang tidak menggunakan alat pelindung diri.

Dilarang sertai sukan tempur tanpa pelindung keselamatan

Menurut laporan Kosmo!, Hannah Yeoh menjelaskan, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti peningkatan penganjuran acara sukan tempur membabitkan pempengaruh dan selebriti yang kini semakin mendapat perhatian, namun mempunyai risiko tinggi terhadap keselamatan peserta, terutamanya kanak-kanak.

sukan tempur

Foto: Kosmo!

“KBS tidak akan bertolak ansur dalam soal keselamatan serta integriti atlet, walaupun program sebegini mendapat sambutan dan mampu memberi kesan ekonomi.
“Hanya kejohanan rasmi yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan atau Persatuan Sukan Negeri berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dibenarkan menampilkan atlet bawah umur,” katanya.

Artikel lain: KBS Sedia Bantu Zii Jia Termasuk Sokongan Mental – Hannah Yeoh

Beliau turut memaklumkan bahawa KBS akan merangka garis panduan khusus untuk sukan tempur serta mengarahkan Pesuruhjaya Sukan menilai semula mekanisme pemantauan bagi memastikan setiap acara ‘fight event’ dijalankan dengan lebih selamat dan profesional.

sukan tempur

Dalam masa yang sama, KBS melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) juga akan menyelia pengumpulan data melibatkan pelbagai disiplin sukan ini, termasuk rekod kecederaan dan insiden kesihatan, bagi memperkukuhkan dasar keselamatan yang lebih menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Hannah, langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memastikan sukan tempur tidak dijadikan semata-mata sebagai hiburan, sebaliknya dijalankan secara beretika dan berlandaskan undang-undang demi menjaga kebajikan atlet muda negara.

Sumber: Kosmo! 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd