Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sambutan Mesra Rakyat Malaysia Beri Kesan Buat Trump -Duta AS

Lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia baru-baru ini ternyata meninggalkan kesan mendalam terhadap beliau, menurut Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan.

Duta AS dedah Trump teruja dengan sambutan Malaysia

Memetik laporan daripada Bernama, layanan serta sambutan mesra rakyat Malaysia bukan sahaja membuatkan Trump teruja, malah membuka lembaran baharu dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Yang paling penting ialah kita kini meningkatkan tahap hubungan ke peringkat seterusnya. Saya fikir kita melihat hubungan AS-Malaysia bersatu dalam beberapa bidang yang benar-benar utama,” katanya.

Duta AS aklum Trump kagum dengan kemajuan & suasana Malaysia

Trump berada di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, bagi memuktamadkan rundingan perdagangan serta menyaksikan pemeteraian Perjanjian Damai Kemboja-Thailand.

Menurut Kagan lagi, Trump kagum dengan kemajuan dan suasana harmoni yang dilihat sepanjang lawatannya di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Satu perkara yang Presiden nyatakan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebelum beliau berlepas hari ini ialah beliau sangat gembira kerana seluruh dunia mendapat peluang melihat betapa hebatnya Malaysia,” katanya.

Perjanjian Timbal Balas beri manfaat kepada kedua-dua negara

Dalam pada masa yang sama, Duta As itu turut menegaskan bahawa sambutan rakyat Malaysia terhadap Presiden AS itu mencerminkan nilai mesra dan keterbukaan negara ini, sekaligus memberi imej positif kepada dunia.

Beliau berkata Perjanjian Perdagangan Timbal Balas AS-Malaysia yang dimeterai semasa lawatan itu bakal memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam pelbagai sektor termasuk pelaburan dan ekonomi digital.

“Saya fikir ia menunjukkan… bahawa biarpun selama beberapa tahun kita tidak sehaluan, masih ada tarikan kuat antara Amerika Syarikat dan Malaysia,” katanya lagi.

PM Anwar dedah Kagan puji keberanian PM Thai & Kemboja

Dalam sidang kemuncak itu juga, Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan detik bersejarah apabila Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, menandatangani Perjanjian Damai KL bagi menamatkan konflik ketenteraan antara kedua-dua negara jiran itu.

“Kagan memuji keberanian kedua-dua pemimpin berkenaan untuk melakukan apa yang betul “untuk rakyat mereka, untuk ekonomi mereka, dan untuk rantau ini,” ujar beliau.

duta as

Artikel lain: Video Trump Menari Di Malaysia Tular! Raih Lebih 21.5 Juta Tontonan

Trump telah berlepas dari Malaysia pada Isnin sebelum meneruskan lawatan diplomatiknya ke Jepun dan Korea Selatan, namun lawatan singkat itu jelas meninggalkan kesan besar terhadap hubungan dua hala Malaysia-AS dimana semuanya bermula dengan sambutan mesra rakyat Malaysia yang berjaya memikat hati Presiden Amerika itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Seorang warga emas menarik perhatian ramai di media sosial selepas videonya yang dikatakan sedang mencuci tandas di sebuah stesen minyak Shell tular di Threads....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd