Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kemalangan Di Lebuhraya Karak, 2 Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Dicari Polis

Polis kini giat mengesan dua daripada tiga penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur, berhampiran Bentong, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, kejadian itu hanya dikesan selepas video berdurasi 20 saat tular di media sosial sekitar jam 8 malam pada Ahad.

 

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku jam 9.45 pagi tadi apabila motosikal terbabit hilang kawalan, tergelincir dan terbabas ke longkang di bahu kiri jalan.
“Seorang penunggang yang dapat dikesan memaklumkan cedera di kaki kanan, manakala dua lagi belum dapat dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tambahnya, seorang daripada penunggang berjaya dikesan dan memaklumkan mengalami kecederaan di kaki kanan, manakala dua lagi masih gagal dihubungi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG aasyrafs

Bahagian Siasatan dan  Penguatkuasaan Trafik IPD Bentong kini sedang berusah mengesan dua penunggang tersebut untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam masa sama, Zaiham meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat.

Foto: IG aasyrafs

Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjadikan laluan itu sebagai litar lumba.

“Polis Bentong akan menjalankan operasi secara berterusan bagi memastikan lokasi dan laluan berkenaan tidak sesekali dijadikan seperti litar lumba oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Sumber: Facebook (Polis Bentong)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd