Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Keluarga Sanggup Jual Rumah Demi Tanggung Rawatan Leukemia Anak

Pasangan suami isteri dari Indonesia sanggup jual rumah mereka di Bandung, Jawa Barat untuk tanggung kos rawatan anak mereka yang menghidap Leukemia Limfoblastik Akut (ALL).

Sanggup jual rumah demi tanggung rawatan anak

Menurut laporan Berita Harian Singapura, kos rawatan anak mereka iaitu Almahyra Siti Ardana atau mesra disapa Alma adalah sebanyak 600,000 dolar Singapura (kira-kira RM2.1 juta).

Kanak-kanak berusia 5 tahun itu menghidap kanser dan kini dirawat di Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH).

Bukan setakat sanggup menjual rumah, malah ibu kanak-kanak tersebut, Siti Andariani,33, yang merupakan pegawai bank mengambil cuti tanpa gaji sejak anaknya jatuh sakit pada 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, bapa Alma berada di Kendiri, Jawa Timur atas urusan kerja dan kakaknya berusia enam tahun dijaga oleh datuk dan nenek di Bandung.

jual rumah tanggung anak

Artikel lain: Salurkan Bantuan, TNB Tanggung Kos Rawatan & Perubatan Kanak2 Melecur

Difahamkan, Alma berada di Singapura akan menjalani satu rawatan khas iaitu terapi sel T Reseptor Antigen Chimeric (CAR T) pada Februari dan rawatan pemindahan sumsum tulang, jika prosedur pertama berjaya.

Ibu Alma berkata, kedua-dua prosedur itu menelan perbelanjaan lebih 670,000 dolar Singapura (kira-kira RM2.36 juta) tidak termasuk kos penginapan, makan dan minum serta rawatan lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atas alasan itulah, ibu Alma dan nenek serta datuknya menjual rumah masing-masing bagi mendapatkan dana tambahan kira-kira 80,000 dolar Singapura (anggaran RM281,265).

Mereka juga berharap agar bakinya dapat dikumpulan menerusi satu usaha pengumpulan dana di laman Give.Asia.

jual rumah tanggung anak

Siti Andariani berkata, anaknya dikesan menghidap penyakit Leukemia Limfoblastik Akut pada September 2022 di Bandung apabila mengalami demam panas berpanjangan selama 16 hari.

Alma kemudiannya menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di Bandung sebelum dirujuk kepada NUH bagi mendapatkan rawatan susulan pada Disember 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, sel penyakit itu dikesan mencecah 83 peratus di sumsum tulangnya di NUH.

Selepas menerima rawatan kemoterapi dos tinggi di NUH dan dibenarkan pulang, Alma beransur pulih seketika dan menjalani rawatan susulan di Bandung, selama enam bulan.

Malangnya, barah itu kembali menyerang pada Ogos tahun lalu, apabila Alma dikesan mengalami lebam di seluruh tangannya.

Segala percubaan kemoterapi di Bandung tidak berhasil dan dia dirujuk kepada NUH lagi bagi rawatan alternatif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada November 2023, doktor di NUH mengesahkan sel barah itu mencecah lebih 60 peratus dan kemoterapi tidak berupaya menurunkan paras sel itu, yang kekal kira-kira 25 peratus.

“Doktor menyampaikan berita bahawa sel barah Almahyra sudah menjadi kebal. Dia mungkin ada dua hingga empat bulan sahaja untuk hidup.
“Saya kira, wah, kami sudah ke rumah sakit di Bandung, kemudian ke Singapura, tak mungkin hayat Almahyra berakhir di sini,”kongsi Siti Andariani.

Tanpa berputus asa, Cik Siti memohon doktor mendapatkan pendapat kedua dan Almahyra diberi tiga dos rawatan intravena bernama Inotuzumab sejak 19 Disember.

Rawatan itu membuat sel barah tersebut susut hingga 2.7 peratus, lantas Almahyra layak bagi prosedur Car T yang ditetapkan pada 5 peratus dan ke bawah.

Namun perjalanan bagi anaknya itu masih panjang, dan beliau belum sempat menghitung seluruh kos rawatan kerana sibuk mengasuh anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kongsinya lagi, tempat penginapan di Singapura ditanggung oleh kakaknya yang kebetulan pernah bekerja di negara tersebut.

Sumber: BH Singapura ( Harith Mustaffa)

Kanak-kanak itu akan menjalani prosedur itu pada Februari dan rawatan pemindahan sumsum tulang, jika prosedur pertama itu berjaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd