Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Gambar Tular Di Media Sosial, Keluarga Nafi Anak Terlibat Dalam Kes Zara Qairina

Seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada pelajar yang gambarnya tular di media sosial menafikan anaknya terlibat dalam kes kematian Zara Qairina.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, dia berkata anaknya sudah berhenti di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha pada awal tahun ini sebelum berpindah ke sebuah Kolej Vokasional.

Keluarga nafi anak terlibat

Keluarga nafi anak terlibat

“Anak saya bersekolah di sana pada tahun 2022 (tingkatan 1) sehingga 2024 (tingkatan 3) dan pada awal 2025 anak mendapat tawaran dan berpindah sekolah ke KVLD Lahad Datu sehingga kini.
“Oleh yang demikian saya tidak akan teragak-agak untuk membuat saman sivil kepada mana-mana individu yang cuba mengaitkan anak saya dengan kes ini,” katanya.

Ujar lelaki itu lagi, dia sudah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun berkenaan kerana memuat naik gambar dan video anaknya yang secara tidak langsung telah menyebarkan berita palsu di media sosial.

Artikel lain: Pasukan Khas JSJ Bukit Aman Ke Sabah, Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keluarga nafi anak terlibat

“Walaupun mereka telah memohon maaf dan memadam video tersebut tetapi masih ada beberapa individu yang masih menyebarkan berita palsu tersebut.
“Saya juga berharap kepada semua agar memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum sebar dan tular,” ujarnya lagi.

Terdahulu, jenazah Zara selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang selepas prosedur bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth I (HQE), selama lapan jam, selesai.

Difahamkan juga, Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah dihantar ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan berhubung kes pelajar tingkatan satu itu.

Sumber: Facebook @Sabah Info

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd