Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pasukan Khas JSJ Bukit Aman Ke Sabah, Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina!

Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kini berada di Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes tragis melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Kes Zara Qairina diambil alih Bukit Aman

Memetik laporan daripada Sinar Harian Menurut kenyataan Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), penghantaran sembilan anggota dan pegawai dalam task force khas ini adalah komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.

“PDRM memandang serius setiap kes yang melibatkan kehilangan nyawa.
Sehubungan itu, PDRM menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional, serta mengelakkan daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.

Kes Zara Qairina jadi tumpuan negara

Sebelum ini, media melaporkan allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di hospital keesokannya.

kes zara qairina

Artikel lain: Polis Perketat Kawalan Pusara Zara Qairina, Garisan Polis Dipasang 100 Meter

Advertisement. Scroll to continue reading.


Kes ini mendapat perhatian seluruh negara selepas timbul dakwaan berlaku insiden buli melibatkan pelajar senior di sekolah terbabit.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd