Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Keluarga Mentua Didakwa Problematik? Dian Sastrowardoyo Dikecam Netizen

Baru-baru ini, dakwaan ‘sisi gelap’ keluarga mentua pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo diperkatakan semula oleh orang ramai menerusi laman sosial.

Aktres yang sering dipuji kerana kebolehannya berlakon dalam pelbagai watak itu telah berkahwin dengan Maulana Indraguna Sutowo, yang merupakan anak kepada ahli perniagaan Adiguna Sutowo.

Dalam pada itu, netizen seolah-olah mengecam Dian berikutan Adiguna dan Ibnu Sutowo, adalah dua penjenayah yang pernah terlibat dalam kes undang-undang jenayah.

“Kalau saya ada suami, cucu yang perasuah, cukup dengan 7 keturunan sepertinya, saya pun akan mendaki Yosemite,” tulis seorang netizen di aplikasi X.

Menurut laporan artikel Suara.com, sebelum ini Adiguna didakwa telah membunuh Yohannes B. Haerudy Natong atau mesra disapa Rudy yang merupakan seorang pelayan bar hotel kerana salah faham dan terjadinya pertengkaran pada malam tahun baru, 1 Januari 2005.

Adiguna tidak dapat mengawal emosinya kerana kecewa dengan layanan Rudy sehingga menyebabkan bapa mentua pelakon drama Gadis Kretek itu bertindak mengeluarkan pistol miliknya dan melepaskan tembakan.

Akibat dari perbuatannya, Adiguna dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun kerana membunuh dan memiliki senjata api secara haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Ibnu Sutowo yang juga bapa kepada Adiguna pernah didakwa merupakan seorang penjenayah kerana terlibat dalam rasuah besar-besaran yang menelan belanja negara sebanyak 1.54 juta Dolar Amerika Syarikat ketika memegang jawatan sebagai Pengarah Utama Pertamina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada akhirnya, Ibnu Sutowo meletakkan jawatan dari Pertamina dan meninggalkan hutang sebanyak 10.5 bilion Dolar Amerika Syarikat buat negara pada ketika itu.

Sumber: X @cillorconnoistre, Artikel Suara.com

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Seorang lelaki tidak menyangka kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Bandar Seri Cendana, pada Selasa, meragut nyawa bapanya sendiri. Mangsa, Wan...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd