Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahkamah Perintah Kerajaan, Razak Baginda Bayar RM9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membayar lebih RM9 juta kepada keluarga Altantuya Shaariibuu, seorang wanita dari Mongolia.

Pesuruhjaya Kehakiman, M Sumathi telah memutuskan untuk memerintahkan pembayaran itu termasuk faedah dan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari ke dalam akaun firma guaman, Karpal Singh & Co selaku peguam kepada bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, lapor Berita Harian.

Mahkamah perintah kerajaan dan penganalisis politik bayar keluarga Altantuya

 Keluarga Altantuya

Foto: Malay Mail

Dalam perintahnya, Sumathi juga telah mengarahkan kerajaan dan Abdul Razak membayar kos RM25,000 kepada Shaariibuu, bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan lisan untuk penangguhan perintah terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Disyaki Pukul Anak Sehingga Cedera, Wanita Direman Enam Hari

Portal media, The Edge, melaporkan peguam Shaariibuu, Sangeet Kaur Deo, sebagai mengesahkan keputusan mahkamah terbabit.

Berdasarkan rekod, pada 29 Ogos tahun lalu, keluarga Altantuya yang mati dibunuh memfailkan notis kebankrapan menerusi Tetuan karpal Singh & Co terhadap Abdul Razak sebagai penghutang penghakiman.

Ini selepas penganalisis politik itu gagal membayar ganti rugi termasuk faedah lebih RM9.2 juta kepada keluarga Altantuya seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi dokumen mahkamah, ganti rugi itu termasuk RM5 juta yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibayar kepada keluarga berkenaan dalam keputusannya terhadap tuntutan sivil berkaitan kematian Altantuya.

Jumlah tersebut membabitkan ganti rugi RM5 juta, faedah lima peratus yang dikira dari tarikh saman difailkan sehingga tarik notis kebankrapan difailkan berjumlah RM4,248,282.06 dan kos sebanyak RM25,000.

Saman JDS itu difailkan Shaariibuu Setev dan dua lagi ahli keluarga Altantuya, Altantsetseg Sanjaa dan Mungunshagai Bayarjargal melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh pada 24 Julai lalu.

Razak memfailkan penangguhan JDS melalui Tetuan Dass, Jainab dan Associates pada 22 Ogos tahun lalu disamping turut memohon untuk mengetepikan atau membatalkan saman atas alasan bahawa RM9.25 juta yang dituntut daripadanya ‘tidak betul’ dan ‘mengelirukan’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Edge Malayysia

Pada 16 Disember 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan kesemua defendan secara bersama membayar ganti rugi berjumlah RM5 juta kepada keluarga mendiang dan kos sebanyak RM25,000 selepas didapati bertanggungjawab atas kematian wanita itu.

Selain Abdul Razak, turut dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu ialah dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar serta kerajaan Malaysia.

Dalam keputusan itu, Hakim Vazeer Alam Mydin Meer memerintahkan empat defendan membayar kos RM25,000 setiap seorang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 4 Jun 2007, ibu bapa Altantuya, Shaariibuu dan Altantsetseg Sanjaa serta cucu mereka Mungunshagai Bayarjargal memfailkan saman RM100 juta terhadap defendan, menuntut ganti rugi RM100 juta.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif berkata kematian model itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi dengan meminta pampasan serta ganti rugi teladan.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd