Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kelantan Sedang Gubal RUU Mahkamah Syariah Lebih Menyeluruh – Exco

Kerajaan Kelantan sedang menggubal rang undang-undang (RUU) pentadbiran mahkamah syariah baharu yang lebih menyeluruh bagi menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.

Memetik laporan Malaysiakini, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud memberitahu draf pindaan tersebut juga telah dibentangkan di mesyuarat ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Foto: Malaysiakini

“RUU yang dicadangkan adalah lebih komprehensif. Oleh itu, penggubalan RUU tersebut adalah di peringkat kajian terperinci oleh bahagian undang-undang, pejabat setiausaha kerajaan negeri Kelantan.
“Kajian yang dinyatakan berkaitan keperluan empat atau lima peringkat mahkamah dengan mengambil kira pelaksanaan di negeri-negeri lain dari segi dasar atau perancangan masa hadapan oleh kerajaan persekutuan untuk proses penyeragaman dan pemerkasaan mahkamah syariah di Malaysia,” katanya ketika sidang DUN di Kota Bharu hari ini.

Mohd Asri berkata demikian sebagai menjawab soalan Zameri Mat Nawang (PN-Tawang) berkenaaan status terkini cadangan pindaan RUU berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan, mesyuarat tersebut juga memutuskan jawatankuasa kerja yang khusus ditubuhkan bagi mengkaji semula penggubalan draf yang dicadangkan.

Foto: UtusanTV

Terdahulu, sebahagian daripada peruntukan Enakmen Syariah Kelantan dibatalkan Mahkamah Persekutuan pada Feb lalu selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen peguam dari negeri itu, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan 16 daripada 18 peruntukan dalam enakmen tersebut.

Mahkamah antara lain memutuskan DUN Kelantan melangkaui bidang kuasanya seperti yang termaktub dalam Senarai Negeri (Senarai II), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan ketika menggubal enakmen berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, DUN Kelantan telah meluluskan usul untuk menggubal semula 16 perkara dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

Sumber: Malaysiakini

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd