Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kelab Malam Di Istanbul Terbakar, 29 Pekerja Binaan Dilapor Terkorban

Kelab malam di Istanbul dilaporkan terbakar semasa kerja baik pulih bangunan dijalankan sekali gus telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 29 pekerja pembinaan, semalam.

Menerusi laporan CNN, Pejabat Gabenor Istanbul menyatakan bahawa insiden berkenaan juga telah menyebabkan lapan orang lain cedera manakala tujuh daripadanya berada dalam keadaan yang serius.

Foto : CNN

Mereka turut menjelaskan bahawa, kebakaran sebelum pukul 1 petang waktu tempatan tersebut berlaku di tengah-tengah Istanbul iaitu Beksitas dan kesemua mangsa insiden yang terlibat adalah pekerja-pekerja pembinaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, lokasi kelab malam yang dipanggil Kelab Maskerad terletak di sebuah bangunan blok 16 tingkat, di Jalan Gonenoglu, Gayrettepe Istanbul.

Foto : CNN

Walau bagaimanapun, laporan TRT News pula menyatakan pihak penguasa negara tersebut telah menahan lapan orang yang terlibat dengan insiden ini termasuk pengurus perniagaan kelab malam, akauntan, rakan kongsi serta individu lain yang bertanggungjawab terhadap pekerja logam projek pembinaan berkenaan.

“Satu pasukan yang memiliki tiga pakar yang khusus dalam keselamatan dan kebakaran juga terus melakukan kerja mereka untuk menentukan punca kebakaran,” katanya.

Menteri Keadilan, Yilmaz Tunc mengesahkan bukti dari tapak kejadian sedang dikumpul oleh pihak berkuasa serta penyiasatan bagi menentukan punca kebakaran sedang dijalankan oleh tiga pakar yang mahir dalam bidang keselamatan pekerjaan dan kebakaran melalui akaun X miliknya.

Sumber : CNN (Tanem Zaman & Hande Atay Alam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd