Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kejohanan E-Sukan Malaysia 23/24 Umum Keputusan Penuh Pemenang

Kejohanan E-Sukan Malaysia (MEC) 23/24 akhirnya telah menutup tirainya dengan Grand Final yang telah berlangsung di ESI Hub, Spacerubix di Puchong pada Ahad.

Susulan itu, pihak MEC telah mengumumkan pemenang-pemenang bagi setiap e-sukan yang telah dianjurkan iaitu PUBG, Tekken 7, Gran Turismo 7, MLBB dan DOTA 2.

Bagi e-sukan PUBG, juara dimiliki kumpulan SEM9 yang terdiri daripada Muhammad Dhiya Ulhaq Arasz, Loo Tze You, Azim Haris Mohd Puhatdi dan Mohamad Rezza Shah Mohd Azmi.

Naib juara sehingga tempat keempat masing-masing jatuh kepada Yoodo Alliance, PEA BARUZ dan Warga Emas manakala pemain terbaik atau MVP jatuh kepada ^Smallboy daripada kumpulan Warga Emas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemenang bagi e-sukan Tekken 7 pula jatuh kepada MYFGC | FATE atau nama sebenarnya Abdul Rahman Abdul Shukor.

Manakala MRJACKET (naib juara), MYFGC | ZABA (tempat ketiga) dan MYFGC | AREN2 (tempat keempat).

Bagi Gran Turismo 7, pemenang diraih ERD_Iqbal atau nama sebenarnya Iqbal Suji, manakala DannyR_3967 (naib johan), TGRV_Nabil_Azlan (tempat ketiga) dan GSR_Sonnykazu (tempat keempat).

Sementara itu, MLBB diungguli kumpulan MONSTER VICIOUS yang terdiri daripada Aimji (Muhammad Aiman Mohamad Abas), neyun (Ed Asyraaf Darwisy Hayy Mohd Farid), Zutod (Muhammad Fath Zikryfikri Ahmad), igor (Muhammad Akmal Harith Alias) dan SanMar (Mohamad Ammar Ahmad Jamalulail).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala Todak Legion (naib juara), KELANTAN (tempat ketiga) dan MV Originz (tempat keempat) selain pemain terbaik atau MVP jatuh kepada Joyboyy daripada Todak Legion.

Artikel lain: Azizulhasni Raih Emas Dalam Acara Keirin Di Adelaide, Australia

Bagi kategori e-sukan terakhir iaitu DOTA 2, juara adalah milik MAG Rebels dengan ahli kumpulannya zeal (Nicholas Lim Eng Han), NWP (Ng Wei Poong), Moon (Kam Boon Seng), GaN (Gan Hou Sing) dan roddgeee (Roger Tan Boon Thye).

Kejohanan E-Sukan Malaysia 23/24

Manakala MAG Empire (naib juara), Mango+4 (tempat ketiga) dan Sentry Symphony Esports (tempat keempat) manakala pemain terbaik ialah Zeal daripada MAG Rebels selain Best Rookie jatuh kepada Jy (Cheng Jia Ying) daripada Mango+4.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MEC 2023/2024 adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) yang dibangunkan sejajar dengan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020-2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ESI, Ahmed Faris Amir, beliau menekankan tentang kepentingan MEC 23/24 dalam membina landskap e-sukan yang berkembang di Malaysia.

“Kejohanan ini telah menjadi bukti dedikasi dan bakat dalam komuniti e-sukan kami. Kejayaan MEC 23/24 sejajar dengan visi kami untuk membina landskap e-sukan yang berkembang maju di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmed Faris mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang telah mempamerkan kemahiran, strategi dan semangat kesuakan luar biasa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan kerjasama termasuk Goodday Milk Malaysia dan Pelaksana Rakan Muda serta Rakan Digital atas sokongan bagi menjayakan kejohanan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Lokal

Suasana di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini menjadi tumpuan apabila prosiding pertuduhan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak berlangsung susulan kes kematian Allahyarhamah Zara...

Sosial

Seorang pempengaruh terkenal dengan lebih 700,000 pengikut baru-baru ini menjadi tumpuan kritikan selepas menggelarkan anak perempuannya, Rania, sebagai ‘mini wife’. Meninjau di platform Threads,...

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd