Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Azizulhasni Raih Emas Dalam Acara Keirin Di Adelaide, Australia

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang raih emas di Adelaide dalam Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang berlangsung pada 3 Februari 2024.

Bukti reputasi masih berbisa

Memetik laporan dari Berita Harian, Azizulhasni, 36, telah mempamerkan kayuhan cukup bertenaga dalam acara keirin sekaligus membuktikan reputasinya sebagai antara pelumba basikal terbaik dunia.

Azizulhasni raih emas, tewaskan dua wakil Jepun

Atlet yang mendapat julukan  ‘The Pocket Rocketman’ itu telah menewaskan dua wakil dari Jepun iaitu Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota  yang berpuas hati di tempat kedua serta ketiga.

Menerusi Instagram miliknya, anak kelahiran Terengga

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azizulhasni raih emas, ucap terima kasih kepada yang menyokong

Dia juga itu telah memuat naik momen sewaktu memenangi perlumbaan yang sudah pasti membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Mengakui bahawa perlumbaan tersebut antara yang luar biasa, dia mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan diberikan sehingga berjaya mengharumkan nama Malaysia buat kesekian kali.

View this post on Instagram

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Azizulhasni Hampir ‘Ditendang’ Keluar Kejohanan Gara2 Mesej ‘Save Gaza’

Pada peringkat pertama, Azizulhasni dilihat mudah apabila menjuarai saringan keempat untuk melayakkan diri ke separuh akhir dalam kejuaran tersebut.

Di peringkat separuh akhir, dia selesa berada di kedudukan ketiga terbaik sekali gus layak ke final dan menempah pingat emas untuk acara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemenangannya dalam Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa  ini mengukuhkan lagi tempatnya untuk bersaing di Olimpik Paris yang bakal berlangsung pada Ogos nanti.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah), Instagram azizulhasniawang

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd