Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kehilangan Pamela: Suami Antara 16 Individu Dirakam Keterangan

Siasatan kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh kini menghala kepada kemungkinan penglibatan suaminya serta beberapa individu lain.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa siasatan masih giat dijalankan dan belum mencapai kesimpulan akhir.

Foto: Sinar Daily

“Buat masa ini, kemungkinannya ke arah itu (suami) dan mungkin ada beberapa individu lain lagi. Siasatan masih belum lengkap dan kita percaya terdapat individu lain yang turut disiasat sebagai suspek,” katanya.

Menurut beliau, seramai 16 individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk suami mangsa, malah polis turut merancang untuk mengambil keterangan daripada anak pasangan itu yang kini berada di Singapura.

“Keterangan suaminya telah dirakam awal lagi, dan kita juga akan merakam keterangan anaknya yang berada di Singapura. Pemeriksaan setakat ini mendapati suami Pamela masih berada di dalam negara,” ujarnya.

Apabila ditanya sama ada Pamela masih berada di dalam negara, Razarudin enggan mengulas lanjut dan menjelaskan bahawa perkara itu masih dalam siasatan motif kejadian juga belum dapat dipastikan.

Foto: The Star

“Setakat ini kita belum boleh dedahkan. Saya telah arahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk menubuhkan pasukan khas menyiasat kes ini. Saya sendiri akan pengerusikan mesyuarat malam ini bagi meneliti perkembangan terkini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Razarudin turut mengulas mengenai kenyataan seorang pemandu e-hailing yang mendakwa individu terakhir dilihat bersama Pamela memakai pakaian seragam dan vest polis.

“Hal ini sedang disiasat sama ada individu tersebut benar-benar anggota polis atau hanya menyamar. Jika terbukti ada penglibatan anggota polis dalam kes penculikan atau samun, tindakan tegas akan diambil. Kita tidak akan bertolak ansur,” tegas beliau.

Terdahulu, media melaporkan bahawa pihak polis sedang menyiasat sama ada kehilangan Pamela berkait dengan tindakan pihak polis sendiri atau terdapat pihak yang menyamar sebagai anggota.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maklumat ini diperoleh daripada pemandu e-hailing yang membawa mangsa ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu sebelum dilaporkan hilang.

Sumber: Buletin TV3 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd