Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kediaman Ahli Parlimen Beruas Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Kereta Mercedes Musnah Terbakar

Kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dibaling menggunakan bahan letupan, ‘molotov cocktail’ sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya dalam kejadian awal pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh  Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sambil menjelaskan pihak bomba sempat memadamkan api dan berjaya mengelak kebakaran tersebut merebak ke dalam bangunan kediamannya.

Kediaman Ahli Parlimen Beruas dibaling ‘molotov cocktail’

Artikel lain: Ahli Parlimen Titiwangsa Dedah, Minyak Masak Peket Diseleweng Buat Biodiesel

Difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan beliau yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat kejadian tersebut dengan tegas bagi menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mewakili seluruh pimpinan DAP berasa simpati dan bersolidariti dengan keluarga beliau dalam kejadian keganasan tersebut.
“DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan ganas ini yang mengancam keselamatan nyawa keluarga beliau dan menegaskan bahawa apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sekali dalam menangani perbezaan dalam masyarakat kita,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, kereta Mercedes Benz E300 musnah terbakar 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran.

Dalam pada itu, DAP menyeru kepada Kementerian Dalam Negeri dan PDRM supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

Sumber: Facebook @Democratic Action Party, Utusan Malaysia (Shamsul Kamal Amarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd