Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kedah Sekali Lagi Tuntut Bayaran Caj Air Mentah Dari Pulau Pinang

Kedah sekali lagi tuntut bayaran caj sumber air mentah dari Kerajaan Pulau Pinang yang mengambil bekalan itu dari Sungai Muda selepas lebih 10 tahun negeri itu membuat tuntutan berkenaan.

Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkata sehingga kini, negeri jiran itu belum membayar walau satu sen kepada Kedah walaupun tuntutan dibuat sejak 2010.

Kedah tuntut bayaran caj air mentah dari Pulau Pinang

Kedah Tuntut Bayaran Air Dari Pulau Pinang

Foto: Sinar Harian

Menurut Mohamad Yusof, Pulau Pinang ketika ini mengambil 84 peratus sumber airnya dari Sungai Muda, Kedah tanpa melakukan sebarang pembayaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Syarikat Air Darul Aman (SADA) selaku operator air di Kedah pun bayar kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) sebanyak 3 sen untuk satu meter padu.
“Jiran kita (Pulau Pinang) tak bayar walau satu sen kepada Kedah. Usaha Kedah minta caj air mentah tersebut sudah berterusan lama.
“Diharap Pulau Pinang dapat pertimbangkan tuntutan ini dan buat bayaran,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Isnin.

Artikel lain: Dipercayai Sentuh Isu 3R, Muhyiddin Yasin Didakwa Di Mahkamah Esok

Tambahnya, Pulau Pinang wajar mencontohi SADA dengan membuat bayaran terhadap sumber air mentah yang digunakan secara percuma sejak sekian lama.

Kedah Tuntut Bayaran Air Dari Pulau Pinang

“Selaku anak syarikat kerajaan negeri pun SADA bayar kepada LSANK, apatah lagi jiran yang ambil sumber air kita dari hutan tadahan sehinggakan kita terpaksa kekalkan hutan dan tidak boleh tebang balak. Harap Pulau Pinang buat bayaran sama seperti SADA,” ujarnya.

Sebelum ini, Kedah pernah mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM50 juta setahun.

Ini berikutan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapat bekalan air dari Sungai Ulu Muda yang berpunca dari Kedah, namun Kerajaan Pulau Pinang dilihat enggan melayan tuntutan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Roslinda Hashim)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Sosial

Aktivis Tamim Dahri menyatakan kesediaan untuk pulang ke Malaysia dan menyerah diri kepada pihak polis dalam masa terdekat, namun meletakkan syarat supaya empat rumah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd