Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kantoi Curang & ‘Bantai’ Isteri, Pasangan Selebriti Menang Anugerah ‘Best Couple’

Sejak dari awal perkahwinan sehinggalah anak mereka dilahirkan, nama pasangan selebriti terkenal Indonesia iaitu Rizky Billar dan Lesti Kejora sentiasa mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, pasangan ini sering menunjukkan kebahagiaan rumah tangga mereka buat semua pengikut di media sosial.

Pun begitu, kebahagiaan yang ditunjukkan telah mengejutkan ramai apabila Lesti dilihat hadir ke balai polis bagi membuat laporan ke atas suaminya, Rizky kerana bertindak ‘ganas’.

Tidak cukup di situ, aktor berusia 27 tahun itu dikatakan bertindak pukul, lempar dan mencekik leher Lesti kerana gagal menahan emosi apabila dirinya ‘kantoi’ berlaku curang dibelakang isteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Segalanya bermula dari mangsa dan mereka merupakan pasangan suami isteri. Dilaporkan suami ditangkap berlaku curang di belakang mangsa,”
“Rizky dilaporkan menolak mangsa (Lesti) sehingga tercampak ke atas katil sebelum mencekik leher lalu menyebabkan dia terjatuh ke lantai. Dan, ia dilakukan berulang kali ke atas mangsa,”

Selain kekecohan berlaku, semalam turut berlangsung malam anugerah Infotainment Awards 2022. Kebiasaannya sesuatu majlis atau anugerah pastinya dilihat meriah dan riuh-rendah apabila hos mengumumkan pemenang, namun lain pula pada kali ini kerana ia bertukar suram.

Mana tidaknya, pasangan selebriti yang kini sedang ‘panas’ kerana kantoi curang dan melakukan penderaan ke atas isteri dinobatkan sebagai “Best Couple”.

@sctv_

Masya Allah. Banyak cinta, banyak doa juga untuk Lesti & Rizky Billar 🤍 #InfotainmentAwards2022 #IA2022 #SCTVSpesial #BestCouple #LestiBillar #Leslar #fyp

♬ Lentera – Lesti

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Selain itu, Lesti Kejora turut menggondol anugerah Gorgeous Mom dan Celebrity of The Year, manakala Rizky pula dapat piala Gorgeous Dad.

Pun begitu, Rizky dan Lesti tidak kelihatan hadir ke majlis tersebut dan hanya diwakili rakan artis, Raffi Ahmad ke pentas bagi mengambil trofi mereka.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
@sctv_

Selaku sahabat, Raffi Ahmad mewakilkan penerimaan piala “Gorgeous Dad” 🏆👨🏻 #InfotainmentAwards2022 #IA2022 #SCTVSpesial #Dad #fyp

♬ Bawa Aku Ke Penghulu – Lesti

@sctv_

Kerja keras Lesti berbuah manis. Kamu pantas menyandang predikat “Celebrity of The Year”, Lesti! 🤍💙 #InfotainmentAwards2022 #IA2022 #SCTVSpesial #LestiKejora #Lesti #Celebrity #Dangdut #fyp

♬ Bawa Aku Ke Penghulu – Lesti

Advertisement. Scroll to continue reading.
@sctv_

Siapa yang ikut berkaca-kaca dengar pesan Irfan Hakim untuk Lesti? Masya Allah, kamu ibu yang hebat, Lesti. Selamat atas penghargaannya! #InfotainmentAwards2022 #IA2022 #SCTVSpesial #Lesti #GorgeousMom #LestiKejora #Mom #fyp

♬ Bawa Aku Ke Penghulu – Lesti

Anugerah yang dirangkul oleh pasangan selebriti itu mengundang sebak ramai apabila mengetahui rumah tangga Rizky dan Lesti kini berada di hujung tanduk.

Sumber: TikTok @sctv

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan kesinambungan Program Bicara Eksekutif 2025 dengan topik hangat semasa — Kenaikan Tarif dan Dampaknya Kepada Ekonomi Malaysia. Program ilmiah...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd