Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kecewa Diduakan, Wanita Masak Teman Lelaki Jadi Beriani & Beri Kawan Makan

Apabila emosi menguasai diri, manusia boleh bertindak di luar jangkaan sehinggakan boleh melakukan jenayah berat seperti membunuh tanpa mengira status mangsa.

Malah, pada tahun 2018, kita semua telah dikejutkan dengan kes pembunuhan yang berlaku di Dubai sekitar tahun 2018 dimana seorang wanita warga Morocco bertindak membunuh teman lelakinya atas motif tidak berpuas hati.

Wanita bengang teman lelaki nak berkahwin dengan perempuan lain

Difahamkan, wanita itu telah menjalin hubungan bersama teman lelakinya sejak tujuh tahun yang lalu namun segalanya berubah apabila mangsa mahu menikahi dengan perempuan lain.

Wanita bunuh dan masak ‘beriani manusia’

Bengang dengan keputusan itu, wanita terbabit telah membunuh mangsa dan kemudiannya ‘menggasingkan’ bahagian tubuh teman lelakinya satu persatu lalu dimasaknya ‘beriani manusia’ dengan menggunakan rempah yang ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, wanita tersebut sanggup menggadaikan segala barang kemasnya untuk membeli peralatan memasak termasuklah ‘pressure cooker’ dan mesin pengisar.

Gambar sekadar hiasan

‘Beriani manusia’ dihidangkan kepada pekerja pembinaan

Apa yang mengejutkan ramai, wanita itu telah memberi ‘beriani manusia’ tersebut kepada pekerja pembinaan yang dipercayai rakan kepada teman lelakinya.

Kantoi ada gigi dalam mesin pengisar

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan teman lelakinya dimasak, abang mangsa telah mula mengesyaki ada perkara yang tidak kena kehilangan adiknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila ditanya, suspek memaklumkan dia telah menghalau teman lelakinya namun, jiran telah menghidu sesuatu serta mendengar bunyi yang aneh pada waktu malam.

Susulan itu, laporan polis telah dibuat dan hasil siasatan mendapati terdapat cebisan gigi yang tertinggal dalam mesin pengisar. Selain itu, bahagian jari turut dijumpai kerana terkeluar daripada bungkusan plastik sampah.

Bahagian tulang pula diberikan kepada anjing untuk menghilangkan bukti. Suspek telah ditangkap dan dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Sumber: BBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Lokal

Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat...

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd