Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kecewa Anak Gugurkan Nama Keluarga, Brad Pitt Azam Hidup Baru Dengan Teman Wanita

Pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt berazam untuk menempuhi hidup baru dengan teman wanitanya Ines de Ramon setelah kecewa dengan tindakan anak-anaknya yang telah menggugurkan nama keluarga.

Menerusi laporan The News, pelakon berusia 60 tahun itu merancang untuk melamar Ines serta memulakan hidup baru dengan wanita tersebut.

Foto: Media Sosial

Berdasarkan sumber, Brad dikatakan telah bersedia untuk mengahwini wanita pilihannya itu pada bila-bila masa sahaja memandangkan dia dilihat sangat bahagia bersama Ines.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ines melihat kesakitan yang dihadapi Brad Pitt dan simpati terhadapnya. Dia (Ines) telah menjadi semangat Brad,” katanya.

Difahamkan, Ines yang bersimpati dengan konflik keluarga Brad itu dilaporkan telah bersetuju untuk membina kehidupan bersama aktor berkenaan serta sudah merancang untuk memiliki cahaya mata.

Foto: Marca

Pertemuan pelakon utama filem Babylon itu dengan pasangan pilihan telah membuatkan kehidupannya menjadi cerah semula setelah dikecewakan oleh anak-anak hasil perkahwinan bersama aktres cantik, Angelina Jolie.

“Brad bertemu dengannya pada saat yang tepat, mempunyai masa untuk berkembang selepas perceraian.
“Sebaik sahaja Ines berpindah bersamanya tahun lepas, dia tahu dia boleh mempunyai masa depan bersamanya. Mereka berdua juga telah berbincang untuk mempunyai bayi sejak kebelakangan ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, anak perempuan Brad iaitu Shiloh telah mengupah seorang peguam dengan wangnya sendiri pada hari lahir yang ke-18 untuk menggugurkan nama keluarga bapanya secara sah.

Foto: Us Weekly

Perkara itu disusuli dengan anak-anaknya yang lain seperti Maddox, 22, Pax, 20, Zahara, 19, dan adik beradik kembar Knox dan Vivienne, 15.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The News

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd