Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kebun Musang King: Mufti Pahang Anggap Satu Pengkhianatan Dan Jenayah Syarie

Jabatan Mufti Negeri Pahang menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah berkenaan isu pecerobohan kebun Musang King secara haram di negeri itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Mufti Pahang Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata, percerobohan tanah secara haram dianggap satu pelanggaran undang-undang dan merupakan satu jenayah syarie.

Kebun Musang King, Mufti Pahang anggap pengkhianatan

Kebun musang king

Foto: Berita Harian

“Pencerobohan tanah sama ada melalui perlombongan haram, penerokaan tanah, perladangan atau pembinaan infrastruktur tanpa kebenaran bukan sahaja satu pelanggaran undang-undang bahkan merupakan satu bentuk kemungkaran, pengkhianatan amanah, dan jenayah syarie yang membawa kepada penindasan terhadap rakyat,” kata Asmadi dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pencerobohan kebun musang king tidak boleh menggunakan konsep lhya’ Al Mawat kerana memberi kesan buruk kepada kerajaan yang terganggu untuk melaksanakan projek bermanfaat.

Kebun musang king

“Pencerobohan tanah tersebut pula tidak boleh menggunakan konsep lhya’ Al Mawat kerana memberi mudarat kehilangan tanah yang besar kepada kerajaan bagi melaksanakan projek bermanfaat kepada seluruh rakyat.
“Konsep Ihya’ Al-Mawat hanya dapat dilaksanakan jika ia menjadi dasar kerajaan. Dalam konteks sekarang rakyat wajib mendapatkan kelulusan permit oleh kerajaan kerana semua rakyat tertakluk kepada undang-undang melalui Akta Kanun Tanah Negara 1965,” ujarnya lagi.

Kebun Musang King rampas hak rakyat

Sementara itu, Asmadi menjelaskan perbuatan ini boleh dikategorikan sebagai al-ghasab kerana merampas hak seseorang tanpa berperikemanusiaan.

“Tindakan ini termasuk dalam kategori al-ghasab merampas hak orang lain secara zalim yang diharamkan oleh syarak.
“Ia turut mencabul prinsip hifz al-mal (penjagaan harta) dalam Maqasid al-Syariah dan mencabar peranan  ulil amri dalam memelihara keadilan dan kemaslahatan ummah,” tambahnya lagi.

Kebun musang king

Artikel lain: “Tanam Durian Haram Bukan Rezeki Tapi Jenayah” – MCA Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, Jabatan Mufti Negeri Pahang menyeru pihak berkuasa bertanggungjawab menjalankan tugas secara telus dan berintegriti.

Orang awam juga dinasihatkan untuk mematuhi titah baginda dengan bekerjasama menyalurkan maklumat berkenaan sebarang pencerobohan dan menegaskan bahawa membiarkan kerosakan di bumi bakal membawa kepada bala dan azab.

Untuk rekod, sebanyak 204 pekebun terlibat dalam pertikaian tanah dengan mendakwa kerajaan negeri telah melanggar perintah mahkamah menebang pokok durian Musang King dan telah memfailkan semakan kehakiman, namun ditolak Mahkamah Tinggi.

Sumber: Facebook Jabatan Mufti Negeri Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd