Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KDN Perjelas Hanya Pintu Pagar Balai Polis Ditutup, Operasi Berjalan Seperti Biasa

Penutupan pintu pagar balai polis selepas jam 10 malam di seluruh negara tidak akan menjejaskan proses penyampaian perkhidmatan polis kepada masyarakat apabila ia mula dilaksanakan.

Menerusi satu laporan Astro Awani,  Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan penutupan tersebut merupakan antara langkah kawalan keselamatan susulan berlakunya insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada 17 Mei lalu.

Foto: Google

“Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu.
“Tentunya tidak munasabah apabila ditafsirkan ‘tutup pagar’ secara total sedangkan pihak polis bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam,” kata KDN dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum itu, menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjawab soalan asal Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) mengenai langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperketat keselamatan di balai polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjelaskan bahawa penutupan pintu pagar secara prinsipnya merujuk kepada garis panduan dan langkah berjaga-jaga bagi balai yang berada dalam kategori berisiko terhadap ancaman sahaja.

Foto: Google

Untuk makluman, dalam serangan pada 2.45 pagi itu, dua anggota polis, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang suspek bertopeng yang turut maut dalam kejadian tersebut.

Manakala seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan pula cedera ditembak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd