Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

KBS Perluas KLAS Renang PERCUMA, Bantu Elak Tragedi Lemas

KBS Perluas KLAS Renang Percuma

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perluas KLAS Renang PERCUMA menerusi Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang Peringkat Parlimen Kota Melaka Tahun 2024 di RNJ Swimming Academy, Kota Laksamana, semalam.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KLAS Renang merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi mengurangkan kadar kematian akibat lemas.

Menariknya, inisiatif ini dijalankan secara PERCUMA dan akan memberikan pendedahan kepada kumpulan sasar berkenaan teknik asas berenang.

“Berbekalkan teknik tersebut, peserta dapat meningkatkan ilmu tentang kaedah berenang yang betul dan selamat, serta mengatasi ketakutan dalam air serta mampu menyelamatkan nyawa mereka,”katanya dalam kenyataan.

KBS Perluas KLAS Renang Percuma

Hannah berkata, KBS menyambut baik hasrat Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong untuk memperluaskan jangkauan program KLAS renang ke kawasan beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, program yang menggunakan peruntukan Parlimen Kota Melaka ini dijalankan dengan sokongan dan kerjasama JBSN serta Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM).

Enam sesi latihan dijalankan

Tambahnya, sebanyak enam sesi latihan akan dijalankan pada setiap hujung minggu bermula 13 Julai dan peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun daripada keluarga B40.

Menurutnya, seramai 24 orang kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan akan terlibat dalam sesi latihan tersebut.

Sementara itu, KLAS Renang Fasa 1 bagi peringkat Kebangsaan telah selesai di 38 buah lokasi seluruh negara dengan penyertaan keseluruhan seramai 1,572 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Fasa ini telah berlangsung dari bulan April hingga Jun yang merangkumi tiga kategori iaitu kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun daripada keluarga B40, orang kurang upaya (OKU) yang berumur 6 hingga 15 tahun dan warga emas yang berumur 60 hingga 75 tahun,”ujarnya.

Turut hadir bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman.

Sekadar info, JBSN sedang menjalankan proses pemilihan peserta bagi mengikuti program KLAS Renang Fasa 2 Tahun 2024 yang dijadualkan akan bermula pada 27 Julai 2024 di 39 lokasi di seluruh negara.

Orang ramai dijemput untuk memohon menerusi portal JBSN iaitu di www.jbsn.gov.my.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau cadangan kerjasama, orang awam boleh menghubungi JBSN melalui talian 03-8871 3415 atau e-mel [email protected].

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KBS Salur RM300,000 Buat Atlet Profesional Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Lokal

Persatuan majikan menyatakan kesediaan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar) sekiranya kerajaan membenarkan mereka bekerja secara...

Sukan

Bermula di sebuah gelanggang latihan sederhana di Hulu Selangor, minat seorang kanak-kanak terhadap seni bela diri kini membawanya melakar kejayaan di pentas dunia. Ketika...

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd