Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KBS Melalui JBSN Ambil Langkah Proaktif Galak Sukan Dalam Kalangan Warga Emas

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara(JBSN) mengambil langkah proaktif dengan mengalakkan sukan dalam kalangan warga emas bagi memastikan kesihatan fizikal, rohani dan mental mereka terus terpelihara.

Susulan daripada itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat Pembudayaan Sukan dalam Kalangan Warga Emas Siri II Tahun 2024 bertempat di Menara KBS, Putrajaya pada 23 Julai 2024.

Difahamkan, inisiatif berkenaan dimulakan kerana populasi penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas telah mencecah 11.1 peratus pada tahun 2023 dan dijangka meningkat kepada 15 peratus menjelang tahun 2030.

Ia secara tidak langsung membuatkan Malaysia bakal dikategorikan sebagai sebuah negara menua menurut definisi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi sesi perbincangan kali ini, beberapa inisiatif/ program/ aktiviti secara lebih berfokus kepada pengukuhan peranan agensi kerajaan dibincangkan.

Ia merangkumi objektif utama seperti inisiatif dan pendekatan baharu bagi merancakkan usaha pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas; dan memperhalusi peluang kerjasama dan kerjasama rentas organisasi melibatkan hal-hal berkaitan dengan penuaan sihat dan sukan warga emas.

Tak hanya itu, tindakan penyelarasan bagi inisiatif pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas secara holistik dan menyeluruh turut akan diperkukuhkan; sekaligus menyokong hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga emas.

Difahamkan, 15 agensi kerajaan, 5 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 2 orang pakar rujuk telah dijemput bagi bersama berkongsi pendapat, idea, maklumat serta buah fikiran seiring dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat terutamanya warga emas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia turut dihadiri Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad.

Penganjuran sesi ini menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan sukan untuk semua seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

Sekadar info, perbincangan meja  siri telah diadakan pada 8 Februari 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Dunia

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Lokal

Pertikaian perceraian berprofil tinggi antara Pamela Ling dan suaminya, ahli perniagaan Malaysia Thomas Hah Tiing Siu, terus berkembang dengan dakwaan penipuan dan pemalsuan dokumen...

Politik

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan kesiapsiagaannya untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd