Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

KBS, Jabatan Penjara Anjur Program Rakan Muda Buat Banduan Belia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Penjara Malaysia komited untuk memperkasakan Program Rakan Muda: Skills For Life@AKBG Bidang Perkhidmatan Kedi.

Program yang merupakan cetusan idea menterinya, Hannah Yeoh itu bertujuan untuk memberikan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) dalam bidang perkhidmatan kedi.

Peluang itu diberikan kepada prospek Penjara Kajang berumur antara 18 hingga 30 tahun untuk memenuhi keperluan sumber tenaga kerja dalam sektor industri golf di Malaysia.

Dalam pada itu, program tersebut mempunyai beberapa objektif, antaranya menjadi program pembangunan kemahiran dibawah gaya hidup rakan mahir bagi membantu peserta mendapatkan pekerjaan dan kemudiannya menjalani kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, ia juga menyediakan peluang kepada prospek Penjara Kajang untuk menyambung pengajian dalam bidang TVET Sukan menerusi latihan kemahiran sepenuh masa di Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Pada masa sama, program tersebut memperkukuhkan jalinan kerjasama rentas agensi dalam pelaksanaan inisiatif sosial dan membina persepsi positif masyarakat terhadap prospek dari Penjara Kajang seterusnya membantu mereka untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Bagi Siri 1, seramai 20 prospek lelaki di Penjara Kajang akan mengikuti latihan kemahiran bidang perkhidmatan kedi dengan mendapat bimbingan tenaga pengajar bertauliah daripada AKBG dan program ini akan dilaksanakan di Kelab Golf dan Rekreasi Penjara Kajang, dari 14 hingga 18 Oktober 2024.

“Pelaksanaan program ini diharapkan menjadi platform perubahan terbaik kepada peserta terutamanya kumpulan belia berisiko seterusnya memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia selaras dengan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030) dan kerangka Malaysia MADANI,” kata KBS dalam satu kenyataan hari ini.

Program Rakan Muda: Skills For Life@AKBG Bidang Perkhidmatan Kedi akan dilaksanakan menerusi Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung penganjuran program tersebut, sila hubungi Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS melalui talian 03-8871 3602 atau kemahiran.kbs.gov.my.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd