Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KARISMA MPP IPT 2025 Bukti KPT Komited Lahirkan Pemimpin Berjati Diri

Program KARISMA MPP IPT 2025 menjadi bukti komitmen serius Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam melahirkan barisan pemimpin mahasiswa yang berintegriti, berdaya saing dan berjiwa Malaysia MADANI.

KARISMA MPP IPT 2025 bersama menteri KPT

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menegaskan, kepimpinan mahasiswa perlu dibentuk melalui karakter kukuh serta kemahiran komunikasi yang mantap.

“Kepimpinan mahasiswa perlu dibentuk melalui karakter berintegriti, kemahiran komunikasi yang mantap serta keupayaan membuat keputusan berasaskan maklumat yang sahih,” katanya ketika sesi libat urus bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

KARISMA MPP IPT 2025 ajak mahasiswa amalkan konsep Informed Decision

Beliau turut menekankan pentingnya mahasiswa mengamalkan konsep “Informed Decision” iaitu membuat keputusan berasaskan fakta, bukan sekadar terpengaruh dengan sentimen media sosial.

“Membuat keputusan berasaskan fakta dan penilaian rasional, bukan dipengaruhi sentimen media sosial atau ledakan maklumat yang bersifat bias,” tambah beliau.

KARISMA MPP IPT

Artikel lain: KPT Terima PPTM 2025-2035, Capai Visi Malaysia Hab Pendidikan Tinggi Bertaraf Dunia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, YB Menteri menekankan keperluan membuka lebih banyak laluan akademik dari Politeknik dan Kolej Komuniti ke universiti, sekali gus memperkasa institusi TVET. Kebajikan pelajar B40 turut menjadi keutamaan menerusi inisiatif seperti Bank Makanan di IPT dan penambahbaikan elaun latihan industri.

Difahamkan, Program KARISMA MPP IPT 2025 yang berlangsung dari 25 hingga 28 April itu menghimpunkan 110 pemimpin mahasiswa dari seluruh negara, dengan latihan berkonsepkan hands-on, minds-on dan hearts-on demi membentuk jaringan kepimpinan nasional yang lebih berdaya tahan.

KPT kekal komited melaksanakan program pembangunan bakat seperti KARISMA bagi melahirkan barisan pelapis kepimpinan masa depan yang berkualiti tinggi, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Dunia

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd