Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Berkuat Kuasa Serta-Merta, Kapal Israel Diharamkan Berlabuh Di Malaysia!

Berkuat kuasa serta-merta, syarikat ‘kapal’  berpangkalan di Israel, menggunakan bendera negara itu atau kapal dalam perjalanan menuju ke sana, dilarang berlabuh atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Demikian pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan ia adalah sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan.

Malah, Israel juga telah melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian serta kekejaman berterusan ke atas rakyat Palestin.

“Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
“Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta-merta,”menurut Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Instagram.

kapal Israel Malaysia

Artikel lain: Lantang Bersuara Depan Biden, Anwar Ibrahim Minta Hentikan Kekejaman Di Gaza

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat perkapalan Israel berkuat kuasa serta merta.

Keputusan berkenaan turut membabitkan kapal milik syarikat ZIM berpangkalan di Israel yang dijadual berlabuh di Westports, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini.

“Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal terbabit untuk mendarat di Malaysia.
“Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet yang lalu,” katanya lagi menerusi kenyataan.
View this post on Instagram

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, pelbagai pihak  menggesa supaya kerajaan menghalang kapal milik syarikat berpangkalan di Israel daripada berlabuh di Malaysia.

Mereka mendakwa, kapal milik syarikat ZIM itu akan berlabuh di Westports, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini.

Sumber: Instagram @anwaribrahim_my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd