Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kaotim Lancar Pelan Perlindungan Kenderaan Persendirian, Motosikal Secara Dalam Talian

Jenama dan platform digital yang diuruskan oleh Takaful Malaysia, Kaotim telah melancarkan Kaotim Car dan Kaotim Motor dengan menawarkan pelan perlindungan dalam talian terbaharu dan komprehensif untuk kenderaan persendirian dan motosikal, pada Khamis.

Menerusi dua inisiatif ini, pemilik kenderaan dapat mengakses pelan perlindungan secara pantas mengikut keperluan, sekaligus memilih faedah tambahan pada harga yang berpatutan mengikut bajet tersendiri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal, Kaotim Car dan Kaotim Motor adalah sebahagian daripada langkah strategik untuk mengukuhkan kedudukan dalam bidang insurans dan takaful motor yang telah menunjukkan pertumbuhan positif.

“Strategi ini selaras dengan permintaan dan peningkatan jualan kenderaan di pasaran. Kami berhasrat untuk memperluaskan langkah dengan menawarkan pelbagai pelan perlindungan dalam talian untuk memenuhi keperluan pelanggan.
“Kedua-dua produk baharu ini menyediakan perlindungan komprehensif mampu milik dan mudah diakses yang membolehkan pelanggan mendapatkan sebut harga dan perlindungan yang sesuai,” ujarnya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Kaotim Car dan Kaotim Motor di Pulau Pinang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir pada majlis hari ini, Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohammed Hussein, Pengerusi Takaful Malaysia Am (bahagian Takaful Am Takaful Malaysia), Ismail Mahbob dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli.

Nor Azman menjelaskan, Kaotim Car merupakan perlindungan komprehensif bagi kenderaan persendirian terhadap pelbagai risiko, termasuk kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian, liabiliti kepada pihak ketiga, atau kerosakan harta benda.

Selain sediakan pelan perlindungan kemalangan peribadi untuk pemandu dan penumpang, pelan turut memberi bantuan bahu jalan 24 jam serta perkhidmatan tunda tanpa had akibat kerosakan secara percuma.

Kaotim Car turut menyediakan perlindungan kemalangan peribadi untuk pemandu dan penumpang dengan terdapat 11 faedah tambahan fleksibel, termasuk Motor PA Plus yang menawarkan perlindungan tambahan terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelan Kaotim Motor pula menawarkan perlindungan motosikal komprehensif terhadap kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian, serta liabiliti kepada pihak ketiga untuk kematian, kecederaan badan, dan kerugian atau kerosakan harta benda.

Beliau memberitahu, inisiatif ini akan menawarkan transaksi dalam talian yang lebih lancar, sesuai dengan gaya hidup terkini selaras dengan peningkatan permintaan pelan perlindungan untuk kenderaan persendirian dan motosikal dalam pasaran insurans am dan takaful di Malaysia.

Dalam pada itu, Nor Azman memaklumkan pihaknya menyasarkan nilai sumbangan jualan Kaotim Car dan Kaotim Motor sebanyak RM10 juta pada hujung tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd