Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kanye West Maklum Isteri Akan Lebih Tak Berpakaian Tahun Ini

Penyanyi rap Hollywood, Kanye West maklum isteri akan lebih tak berpakaian pada tahun ini di media sosial dengan berkongsi gambar Bianca Censori yang hampir berbogel.

Tiada seluar untuk tahun ini

Menerusi posting yang dibuat West atau Ye, isterinya Censori dilihat hampir berbogel dan hanya menutupi bahagian-bahagian tertentu di badannya sambil bergambar tanpa sebarang reaksi.

“Tiada seluar untuk tahun ini,” tulis penyanyi rap itu ringkas.

Kanye West kongsi gambar2 isteri dengan pakaian minimum

Tindakan gila West itu telah menjadi perbincangan ramai di media sosial apabila ramai yang merasakan pasangan berkenaan semakin aneh.

Dia juga dilihat hanya mengunggah gambar-gambar isterinya dengan pakaian yang cukup minimum di Instagram sehingga diselar oleh netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fesyen isteri Kanye West makin pelik

Sekitar September lalu, penampilan Censori telah mengejutkan ramai apabila keluar bersiar-siar dengan suaminya tanpa menggunakan baju dan hanya menutupi dadanya dengan sebiji bantal.

Artikel lain: Kanye West Sudah Berkahwin Secara Tertutup, Pereka Fesyen Jadi Pilihan Hati

Sejak mendirikan rumah tangga secara rahsia pada awal tahun lalu, pasangan ini kerap menjadi perhatian apabila tampil dengan fesyen-fesyen yang aneh serta hampir tidak memakai busana.

Kanye West merupakan bekas suami kepada Kim Kim Kardashian selepas mendirikan rumah tangga pada Mei 2014 dan berpisah pada Februari 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.

Sumber: Instagram Kanye West

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki...

Dunia

Pengasas Seven-Eleven Japan yang dikenali sebagai tokoh penting dalam industri kedai serbaneka Jepun, Toshifumi Suzuki, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 18 Mei lalu...

Lokal

Kegiatan tidak bermoral melibatkan pesta gay dan parti dadah yang dipercayai berlangsung di sebuah hotel mewah sekitar ibu negara terbongkar selepas polis menahan seramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd