Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kanser Hati Antara 5 Kanser Paling Lazim Di Malaysia -Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan yang kanser hati antara 5 kanser paling lazim di Malaysia menerusi ucapannya sewaktu merasmikan Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 yang bertempat di Komune Living & Wellness, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

“Di Malaysia, kira-kira, 48, 639 kes kanser baharu dan 29,530 kematian akibat kanser dilaporkan pada tahun 2020 (Globocan, 2020). Dan lebih membimbangkan, pakar telah meramalkan bahawa kejadian kanser di Malaysia akan meningkat dua(2) kali ganda menjelang 2040.
“Tidak dinafikan, kanser semakin meningkat. Saya sangat percaya bahawa, sebagai sebuah komuniti, kita harus mempelajari apa itu kanser dan yang paling penting untuk menghapuskan ‘pantang larang’ di sebalik perkataan ‘Kanser’.
Saya pasti sesetengah daripada kita di sini, hari ini, yang akan mendengar tentang mangsa kanser yang menjalani kehidupan yang sihat dan normal walaupun selepas diagnosis dan rawatan.
“Pada masa ini, kanser hati adalah salah satu daripada lima (5) kanser paling lazim di Malaysia; yang lain adalah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru dan kanser nasofaring. Kanser hati primer, yang bermula dari dalam hati itu sendiri, malangnya, mempunyai salah satu prognosis yang paling teruk kerana ia sering didiagnosis pada peringkat lewat apabilagejala telah muncul,” ujar beliau dalam ucapan perasmian disaksikan penduduk Bandar Tun Razak.

Kanser Hati Antara 5 Kanser Paling Lazim

Dedah kanser hati antara 5 kanser paling lazim, ucap tahniah atas penganjuran program kemasyarakatan ini

Susulan daripada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak Fakulti Perubatan UKM kerana menganjurkan program kemasyakatan mendekatkan komuniti dengan universiti seperti Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 ini.

Kanser Hati Antara 5 Kanser Paling Lazim

Kanser hati Antara 5 kanser paling lazim, perlu ada banyak pendedahan lagi

Difahamkan, objektif program berkenaan adalah untuk menyambut “Hari Kanser Sedunia” 2024 yang secara rasminya disambut pada 4 Februari setiap tahun.

Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti seperti forum umum yang dibarisi panelis dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak perubatan, saringan mammogram, saringan penyakit metabolik, hepatitis b dan c, saringan hati berlemak (fibroscan dan ultrasound), konsultasi daripada pakar, pameran kesihatan, kuiz dan cabutan bertuah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertubuhan MAKNA juga terlibat dalam memberikan khidmat saringan mamogram melalui trailer bergeraknya.

Kanser Hati Antara 5 Kanser Paling Lazim

Artikel lain: KKM Sentiasa Bersedia Hadapi Ancaman Penyakit X

Matlamat utama program ini adalah untuk mencapai Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Sustainable Development Goals) dalam usaha mengurangkan risiko kadar kematian pramatang yang disebabkan oleh kanser sebanyak satu pertiga menjelang 2030.

Kanser Hati Antara 5 Kanser Paling Lazim

Untuk info, program yang berlangsung pada 4 Februari 2024 ini telah dianjurkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Unit Gastroenterologi dan Hepatologi, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama Akademi Perubatan Malaysia (AMM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program ini turut dijayakan oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM iaitu Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor serta ahli pengurusan tertinggi fakulti.

Antara tetamu VVIP yang hadir adalah Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM dan Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur.

+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd