Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut, Terjatuh Dari Tingkat Lapan

Suasana pagi di Flat Sri Perantau, di sini, bertukar hiba apabila jeritan “anak siapa jatuh ini?” memecah kesunyian.

Menurut laporan Kosmo!, jeritan itu kedengaran selepas seorang kanak-kanak lelaki, Ahmad Aizat Rashdan, 4, ditemui tertiarap berlumuran darah di kepala selepas terjatuh dari tingkat lapan flat berkenaan sekitar jam 7.45 pagi tadi.

jatuh

Foto: FB Mr Wan Cai Official

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Difahamkan, Ahmad Aizat merupakan anak sulung daripada dua beradik. Ibunya seorang guru pelatih sekolah rendah, manakala bapanya bekerja di pelabuhan.

Seorang jiran berusia 40 tahun berkata, dia terdengar bunyi kuat dari arah bawah flat ketika berada di dapur sebelum jeritan penduduk memanggil perhatian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingat orang buang sampah, tiba-tiba terdengar orang menjerit ‘anak siapa jatuh ini?’. Saya terus bergegas turun dan nampak ramai orang berkumpul. Mangsa masih bernyawa sebelum dibawa ambulans,” katanya.

Sementara itu, abang angkat mangsa berusia 12 tahun berkata, Ahmad Aizat telah dijaga oleh ibunya sejak bayi.

jatuh

Foto: Kosmo!

“Seminggu ini adik kelihatan sangat manja. Sepatutnya malam ini ayah mahu bawa dia bermain badminton. Kami juga sudah rancang sambut hari jadinya bulan Oktober ini,” ujarnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah mengesahkan mangsa meninggal dunia di HTAR dan kenyataan penuh akan dikeluarkan kemudian.

Sumber: Kosmo!  (Mohd Yunus Yakkub)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd