Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kanak-Kanak Lelaki Dibakar Empat Rakan, Dilapor Kritikal Di ICU

Satu kejadian tragis menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Situbondo, Jawa Timur apabila dilaporkan disiram dengan cecair mudah terbakar (spiritus) sebelum dibakar oleh rakan-rakannya sendiri.

Menurut laporan Kompas, mangsa yang hanya dikenali sebagai AQ, kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Abdoer Rahem, Situbondo.

Foto: Bali Express

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polres Situbondo, AKP Agung Hartawan, mengesahkan bahawa kes ini dijalankan oleh Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA), melibatkan kes penderaan berat terhadap kanak-kanak di bawah umur.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa disimbah cecair alkohol oleh empat rakannya dan kemudiannya dibakar.
“Mangsa menjerit kesakitan akibat api yang merebak ke seluruh badannya,” katanya.

Insiden berlaku ketika mangsa keluar dari rumah dengan niat untuk membeli makanan dan ketika itu, dia didatangi oleh empat orang tersebut dan tanpa disangka, mereka kemudian membaling botol berisi spiritus ke arah mangsa sebelum menyiramkan cecair tersebut ke badannya dan menyalakan api.

Setakat ini, keempat-empat pelaku yang berumur 10 hingga 12 tahun bersama ibu bapa mereka telah dipanggil oleh pihak berkuasa untuk diambil keterangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Sinar Harian

Polis turut mengarahkan mereka melakukan lakonan semula kejadian bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Bupati Situbondo, Yusuf Rio Wahyu Prayogo turut hadir menziarahi mangsa di ICU pada Isnin, 12 Mei 2025. Namun beliau memaklumkan bahawa mangsa masih belum dapat dikunjungi secara langsung kerana keadaannya yang kritikal.

“Saya akan datang semula apabila anak ini sudah boleh dijenguk. Saya ingin tahu sama ada kejadian ini berlaku kerana gurauan atau disengajakan,” ujar beliau.

Sumber: Kompas.com (Bilal Ramadhan)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd